Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kongsi Pengalaman Ibu Mertua, Raqib Jawab Mengapa Pesakit Covid-19 Perlu Ditidurkan

Syafiqah Jalal
09/06/2021 06:18 MYT
Penyanyi dan penyampai radio, Raqib Majid berkongsi secara ringkas mengenai sebab mengapa ada sesetengah pesakit Covid-19 yang perlu ditidurkan.

Mempunyai pengalaman ibu mertuanya yang baru sahaja sembuh dari wabak itu selepas dikomakan, Raqib menjawab soalan peminatnya.

“Ini secara ringkas kenapa doktor decide untuk intubate (tidurkan) pesakit. kalau ada doktor yang nak tambah informasi, boleh komen di bawah. untuk pengetahuan bersama

“Jawapannya bukan semua pesakit covid ditidurkan. Bagi pesakit yang ditidurkan itu sebab oksigen level mereka semakin menurun jadi mereka perlukan alat pernafanan,” jelasnya.

Raqib menjawab salah satu soalan Q&A di akaun Instagram miliknya.

Bekas penyampai radio Zayan itu tidak keseorangan, malah isterinya, Tasha Manshahar turut bersama memberi penjelasan lanjut.

“Lagi satu kenapa mereka perlu ditidurkan sebab bukan mudah nak masukkan tiub alat pernafasan dari dalam mulut hingga ke paru-paru bayangkan dalam keadaaan sedar mesti meronta-ronta kita

“Jadi bila mereka ditidurkan…lebih rileks dan prosedur itu lebih mudah dilakukan,” ulasnya lagi.

Terdahulu, Tasha ada berkongsi mengenai ibu dan bapanya yang dijangkiti wabak tersebut dan sehingga kini kedua-duanya telah sembuh dan pulang ke rumah.

BACA: Bertarung Nyawa Sampai Terpaksa Dikomakan, Ibu Tasha Manshahar Covid-19 Stage 5 Survivor!

A post shared by Raqib Majid (@raqibmajid)

#Sakit #Tasha Manshahar #Ibu #Raqib Majid #COVID-19 #PKP
;