UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Kongsi Pengalaman Pertama Sertai Tabligh, Nabil Ahmad Rasa Seperti ‘Reborn’ - “Satu Perkara Yang Tak Pernah Terfikir Akan…”

Asyikin Mayudin 23/01/2025 | 00:55 MYT
Perkongsian pengacara penyampai radio Era, Nabil Ahmad mengenai detik pertama kali dirinya menyertai kumpulan tabligh pada 2021 menarik perhatian netizen.

Dekati agama

Nabil atau nama penuhnya Ahmad Nabil Ahmad, 42, berkata, hatinya secara tiba-tiba muncul perasaan mahu mendekati agama dengan lebih mendalam.

"Saya masuk tabligh sebab ada suatu pagi saya bangun tidur, pergi mandi tiba-tiba datang satu perasaan suruh saya masuk tabligh.

"Rupanya-rupanya momen itu terjadi sangat random, lepas mandi terus bersiap pergi tabligh. Saya betul-betul tak percaya kehidupan tabligh berlaku dalam diri saya. Masuk tabligh rasa seperti dilahirkan semula, reborn.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabil Ahmad Imbau Fasa ‘Kejatuhan’ Disebabkan Terpalit Kontroversi - “Aku Rasa Sangat Malu Dengan Ibu Bapa…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Adik-Beradik Pun Boleh Gaduh” - Perselisihan Faham Antara Elly Mazlein & Nabil Ahmad Kembali Jernih Semula

ARTIKEL BERKAITAN: “Itu Video Lama…” - Nabil Ahmad Perjelas Posting Tular Isteri Tanpa Hijab

"Satu perkara yang tak pernah terfikir akan berlaku dan ilmu yang diperoleh di sana. Saya mengaji sejak masuk tabligh, sebelum itu tak pandai mengaji,” katanya menerusi saluran podcast Inpirasi.MY.

Faham maksud sebenar

Berkongsi lebih lanjut, Nabil mengakui banyak ilmu agama diperoleh sepanjang menyertai kumpulan tabligh yang membuatnya memahami maksud sebenar kehidupan di dunia sebagai makhluk Allah.

"Tabligh ini tempat orang tambah ilmu, tempat manusia tahu maksud hidup yang sebenar. Kejayaan sebenar hanya ada dalam agama.

"Sejauh mana kita taat perintah Allah dengan mengikut cara Nabi Muhammad. Ini yang saya dapat daripada tabligh.

"Kita semua akan ada satu kehidupan lain selepas dunia iaitu alam kubur. Alam kematian lebih dahsyat dan lebih lama,” ujarnya lagi.

#Nabil Ahmad #Islam #Tabligh #Agama Islam #Kumpulan Tabligh
;