Laman Utama
Kongsi Perbualan Bersama Anak, Ajak Shiro Dipuji Netizen – “ Awak Adalah Ayah Yang Hebat”
Tindakan pelawak Ajak Shiro menasihati anak lelakinya yang tidak berjaya dalam acara sukan lari di sekolah mendapat pujian wargamaya.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik Ajak di Instagramnya, dia berkongsi perbualan melalui aplikasi Whatsapp bersama anak lelaki keduanya, Mohamad Had Thaqif, yang mengadu hal itu.
Had : Had ada bad news, Had tak dapat masuk lumba lari.
Advertisement
Ajak : Takda hal la, bukan bad news pun, balik cepat Baba (Ajak) rindu.
Had : Saya dah buat yang terbaik.
Ajak : No worries, Baba tahu.
Had : Had on the way ke kereta.
Ajak : Takpa, nanti Baba latih lari laju, kita pergi pulau berlari atas pasir. Navy training.
Ajak atau nama asalnya Muhammad Hanaffi Razak turut berpesan kepada anaknya untuk tidak berasa kecewa kerana setiap kejayaan perlu menjalani beberapa proses.
Sementara itu, ramai wargamaya yang singgah ke ruangan balas memuji tindakan Ajak yang menasihati anaknya.
“Awak adalah ayah yang hebat, jangan sedih Had. Cuba dan cuba lagi.
“Ajak, tahniah dari saya sebab awak sudah menjalankan tanggungjawab seorang bapa kepada anak awak, reaksi yang awak tunjuk sangat baik.
“Ayat Had macam kecewa sungguh, nasib Baba ada bagi kata-kata semangat.
“Had ada seorang bapa yang pandai memujuk, tahniah Ajak,” antara balas wargamaya.
Untuk info, Ajak telah mendirikan rumah tangga bersama Nur Afifah Amin pada 2006 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Mohamad Jad Thaqif,12, Mohamad Had Thaqif,9, dan Nada Soffea,6.
Must-Watch Video