Kongsi Posting Menyentuh Hati, Abby Abadi Minta Fattah Amin Pujuk Fazura - "Peluk Kuat-Kuat!"
Firdaus
25/09/2024 09:55 MYT
25/09/2024 09:55 MYT
Pelakon Abby Abadi meminta supaya aktor, Fattah Amin memujuk Fazura dek kerana kemelut rumah tangga yang dilalui pasangan selebriti itu.
Komen berkenaan turut disokong oleh majoriti netizen di mana rata-ratanya bersetuju dengan cadangan aktres berusia 47 tahun itu.
"Betul tu, pujuklah bincang elok-elok. Moga masih panjang jodoh tu,"
"Perempuan ni hatinya lembut, pujuk dan peluklah dengan penuh kasih sayang mudahan diberi kelembutan buat hatinya,"
"Setuju! Fattah pergi pujuk sekarang. Peluk sampai sejuk okey!"
Terdahulu, mahkamah meminta pasangan selebriti itu untuk menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.
Fazura diwakili peguam Fakhrul Azman. Sementara itu, Fattah diwakili peguam Zulkifli Che Yong.
Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.
Difahamkan permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam (Negeri Selangor) 2003.
Suruh Peluk Erat
Menerusi komen yang ditinggalkan di posting Instagram terbaru yang dimuat naik oleh Fattah, Abby atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan memohon agar pelakon filem Pendekar Awang tersebut supaya memeluk erat Fazura dan kembali bahagia bersama."Pujuklah dik...