Laman Utama

Kongsi Sikap Biadap Pelanggan Sewa Homestay, Netizen Tuduh Pemilik Reka Cerita Untuk Tujuan Marketing

gempak
Gempak
20/12/2023
03:55 MYT
Sponsor Banner
Kongsi Sikap Biadap Pelanggan Sewa Homestay, Netizen Tuduh Pemilik Reka Cerita Untuk Tujuan Marketing
Tular di Platform X baru-baru ini tentang pelanggan homestay yang bersikap biadap dengan merungut tentang kualiti bahan makanan yang disediakan oleh pemilik penginapan.
Menerusi tangkap layar perbualan, dapat dilihat pelanggan itu menghina kualiti makanan seperti beras, telur dan kicap yang disediakan secara percuma oleh pemilik homestay berkenaan.

BERITA TRENDING: Pemilik Gerai Biadap Campak Duit Pelanggan Buat Hal Lagi - “Pelik Ada Juga Orang Makan Kat Situ”

“Orang bayar RM250 bukan sikit bagilah beras elok sikit. Ingat kami ayam ke nak bagi makan beras macam tu?,” getus pelanggan itu. Entri itu mencuri perhatian warganet di mana rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas hati dan menyifatkan individu itu sebagai seorang yang tidak bersyukur dengan kemudahan yang diberikan.
“Mana nak dapat homestay bagi makan. Tak bersyukur langsung,”
“RM250 homestay tu kira murah dengan barang-barang masak lagi. Tu pun tak tahu bersyukur, mengada-ngada sangat," tulis warganet.
Bagaimanapun, ramai juga yang berpendapat bahawa tangkap layar itu hanyalah sekadar konten semata-mata sebagai salah satu cara mempromosikan tempat penginapan tersebut.
“Saya rasa konten ni, lagi pun mesej tu semua orang boleh buat. Dia nak viralkan homestay dia dengan cara macam ni,”
“Obviously marketing, siap beritahu semua secara detail, brand apa, saiz apa, siap boleh masak apa," ujar netizen.
Sekadar artikel ini ditulis, perkongsian itu mendapat lebih 900,000 tontonan dan 3,000 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live