Hiburan

Kongsi Tarikh Anniversary, Faye Kusairi Dapat Baby Boy!

gempak
Amri Hassan
12/04/2018
03:49 MYT
Sponsor Banner
Kongsi Tarikh Anniversary, Faye Kusairi Dapat Baby Boy!
Pelakon Faye Kusairi telah selamat menimang cahaya mata sulungnya pada 9 April lalu.
Menerusi entri terbaharu di Instagram, Faye memaklumkan bayi lelakinya berkongsi tarikh sambutan ulangtahun perkahwinannya dengan pengarah Azmi Hatta.
"Mommy nak kongsi berita baik buat semua yang menanti.
"Pada 9 April lalu, saya dan suami bukan sahaja menyambut 1st year anniversary kami, tanpa diduga dengan izin dan keredhaan Allah, kami dikurniakan seorang putera pada hari yang sama.
"Syukur Alhamdulillah, Mommy dan baby sihat. Mommy just still penat sikit, tu yang lambat berkongsi. Maaf ya?
"Nanti nanti kami akan kongsi nama putera kami pula. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan baby," tulis Faye.
Faye dan Azmi yang merupakan bekas suami penyanyi Elly Mazlein telah mendirikan rumah tangga pada 9 April 2017 di Kuala Lumpur.
Tahniah diucapkan kepada pasangan Faye dan Azmi!
Teks oleh: Amri Hassan Foto: IG @fayekusairi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024