Pelawak dan pelakon Ajak Shiro mendedikasikan ucapan khas sempena hari kelahiran ketiga-tiga orang anaknya, Mohamad Jad Thaqif, Mohamad Had Thaqif dan Nada Soffea yang disambut semalam (25 Mac).

Ajak memuat naik sekeping foto anaknya sewaktu berada di Madinah menerusi akaun Instagram (IG) miliknya bersama ucapan yang menyentuh jiwa.

"25 Mac 2010 Mohamad Jad Thaqif b Mohamad Hanaffi.

"25 Mac 2013 Mohamad Had Thaqif b Mohamad Hanaffi.

"25 Mac 2015 Nada Soffea bt Mohamad Hanaffi.

"Selamat hari lahir anak-anak baba dan ibu..Semoga membesar jadi orang berguna dan membantu orang lain di dunia.

"Jadikanlah anak-anak kami anak-anak yang bijak dan hormat ibu bapa dan taat kepada perintah Allah.

"Jika kita utamakan keluarga..InsyaAllah kawan-kawan nikmatnya hanya kita rasa..Keluarga adalah segalanya," tulis Ajak.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut Ajak turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Jad, Had dan Nada serta mendoakan agar mereka membesar sebagai anak yang soleh dan solehah.

Difahamkan kini Ajak dan keluarga sedang mengerjakan ibadah umrah sejak 22 Mac lalu.

Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak mendirikan rumah tangga bersama Nur Afifah Amin, seorang guru dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

. 25 mac 2010 Mohamad Jad Thaqif b Mohamad Hanaffi . 25 mac 2013 Mohamad Had Thaqif b Mohamad Hanaffi . 25 mac 2015 Nada Soffea bt Mohamad Hanaffi . Selamat hari lahir anak2 Baba dan Ibu..Semoga membesar jadi org berguna dan membantu org2 lain didunia..Jadikanlah anak2 kami anak2 yang bijak dan hormat ibu bapa dan taat kepada perintah Allah..Jika kita utamakan keluarga..Insyaallah kawan2, nikmatnya hanya kita yg rasa..Keluarga adalah segalanya♥️ . #mykiddos #birthday #madinah #almunawarrah

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) on