Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kongsi Video AI Peluk Arwah Bapa, Netizen Sebak Kenang Nasib Fazura - "Tenangkan Dirimu..."

Firdaus
27/09/2024 01:55 MYT
Pelakon Fazura berkongsi memuat naik video Artificial Intelligence (AI) memaparkan dirinya seakan-akan sedang memeluk arwah bapanya.

Dalam entri singkat yang telah dijana menggunakan teknologi AI itu, Fazura bersama allahyarham bapanya, Sharifuddin Adnan saling berpelukan menerusi gambar yang dipercayai diambil sewaktu mereka berada di luar negara pada suatu ketika dahulu.

BERITA TRENDING: "Fattah Amin Tidak Pernah Kongsi Masalah Rumah Tangga Dengan Fazura" - Iman Tang

BERITA TRENDING: Dipertikai Guna 5 Bodyguard Ke Mahkamah, Pengurusan Fazura: “Kalau Pakai 1 atau 2 Tak Terkawal…"

BERITA TRENDING: Kemelut Rumah Tangga Fattah-Fazura Buat Hati Abby Abadi Sebak, Harap Terus Pertahankan - "Kalau Rasa Kita Paling Tersakiti, Ada Yang..."

BERITA TRENDING: Pihak Pengurusan Fazura Bakal Ambil Tindakan Saman Terhadap Individu Didakwa Sebar Fitnah - “4 Hingga 5 Individu Dah Dikenal Pasti”

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin turut menyertakan kapsyen emoji 'hati yang terluka' bersama bunga ros dan berlatar belakangkan lagu ‘Di Saat Sendiri’ nyanyian kumpulan Dadali.

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya menzahirkan rasa sebak selepas melihat posting berkenaan lebih-lebih lagi apabila mengenangkan kemelut rumah tangga yang kini dihadapi oleh aktres berusia 41 tahun itu.

Dalam pada itu, ada juga segeliintir berpendapat bahawa kemungkinan perasaan rindu Fazura terhadap bapanya itu mungkin akan dilalui juga oleh Fatima jika perpisahan antara dirinya dan Fattah berlaku.

Susulan itu, rata-rata netizen berharap agar Fazura dapat membuat keputusan yang terbaik berkenaan rumah tangganya demi anak, Nur Fatima Aisya.

"Tenangkan dirimu...



#Fattah Amin #Fazura #Netizen #Selebriti #Bapa #hiburan
;