Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kongsi Video Belajar Vokal, Netizen Bandingkan Ratu Farah Dengan Aina Abdul

Firdaus
29/08/2024 04:17 MYT
Nama Ratu Farah Diva bukanlah gerangan yang asing lagi bagi pengguna TikTok.

Sering memuat naik konten berunsur lawak, Ratu baru-baru ini berkongsi tentang dirinya yang sedang menjalani kelas vokal.

BERITA TRENDING: Ustaz Solmed Tayang Dapur Warna Ungu - "Saya Tepuk Dahi"

​BERITA TRENDING: "Sampai Berlubang & Kena Masuk Wad Buang Air Bisa” - Individu Kongsi Pengalaman Abangnya Digigit Kucing

​BERITA TRENDING: ‘Minta Maaf Gagal Laksana Tanggungjawab Saya Sebagai Suami’

​BERITA TRENDING: "Saya Dengar Bunyi Gamelan" - Ratu Cantik 'Diusik' Kejadian Mistik Masuk Gua, Tetap Takjub Dengan Keindahan Malaysia!

Menerusi entri singkat di TikTok, dapat dilihat pempengaruh itu sedang mempelajari untuk memperbaiki vokalnya bersama seorang guru, iaitu penyanyi Ewal.

"Siapa kata senang nak belajar vokal...

"Siapa kata senang nak belajar vokal, rindu masa ni belajar vokal dengan abang kita Ewal. Moga capai impian kita nyanyi atas stage program-program Astro, amin," tulis Ratu di ruangan kapsyen.
undefined
Akan tetapi, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan keputusan pelantun lagu Harga Barang Naik itu untuk meneruskan karier nyanyiannya kerana majoriti beranggapan Ratu tidak berbakat dalam bidang tersebut.

Boleh Kalahkan Aina Abdul?

Dalam pada itu, ada juga netizen yang berseloroh dengan membandingkan vokal Ratu dengan pelantun lagu Puas Sudah, Aina Abdul.



Sekadar info, Ratu sebelum ini viral di TikTok dengan konten-konten 'pick-up lines' dan tarian sempoi yang meraih perhatian ramai pengguna aplikasi berkenaan.

Sumber: TikTok
#Penyanyi #Netizen #Kecam #Aina Abdul #Lucu #Ratu Farah Diva