Hiburan
Kongsi Video Berdoa Di Instagram, Harris Annuar Dikecam Netizen – “Penyakit Sekarang Posting Doa Lepas Tu Cycling, Lepak …”
Tindakan pelakon Harris Annuar berkongsi video membaca doa sambil melipat kain di Instagramnya mengundang kecaman netizen.
Harris yang disahkan positif virus Covid-19 selepas pulang dari Langkawi baru-baru ini bagaimanapun tidak berdiam diri sebaliknya tampil membalas komen yang ditulis netizen di media sosialnya itu.
Terdahulu, Harris berkongsi sepotong doa yang diamalkannya sambil disulami lagu latar.
"Kau ilhamkanlah kepada aku dengan perkara yang baik dan kau lindungi aku dari keburukan nafsuku sendiri," ungkap Harris dalam video terbabit.
Video itu mengundang beberapa komen warganet yang kurang senang dengan tindakannya itu.
"Memang trend kat socmed ke sekarang," soal pengguna @elliase.
Manakala, tambah pengguna lain pula; "Penyakit sekarang ni posting doa, amalan baik-baik, peringatan buat semua. Lepas tu, cycling sampai 500KM, lepak sana-sini dah kena Covid-19 barunak minta simpati. Sedihlah tengok kau botak."
Harris membalas komen yang ditulis pengguna-pengguna terbabit.
"Bukan dik ni sekadar berkongsi supaya ramai dapat doa ni, doa ni diajar sendiri oleh Rasulullah S.A.W. Supaya kita sama-sama beroleh pahalanya.
"Dalam hidup ini jangan sesekali kita berlaku angkuh dan sombong. Semoga Allah merahmati awak sekeluarga," tulisnya.
Situasi tegang itu mendapat pelbagai reaksi pengguna, ada yang kurang bersetuju malah ada yang menyokong tindakan Harris.
Harris yang berada di Langkawi sejak 26 Disember 2020 hingga 2 Januari 2021 mengesahkan dirinya dijangkiti virus itu pada Isnin lalu.
Kini, Harris difahamkan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumahnya.
Must-Watch Video