Pasangan suami isteri instafamous Alif Teega dan Aisyah Hijanah meyambut kelahiran anak perempuan sulung mereka pada Rabu.

Menerusi laman sosial Instagram, Aisyah berkongsi sebuah video saat kelahiran puterinya untuk tatapan umum.

“Alhamdulillah ala kulli hal. Terima kasih untuk keluarga, sahabat semua yang kirimkan pesanan dan kata-kata semangat untuk Aisyah. Semalam 13 Januari 2021, Aisyah selamat melahirkan bayi perempuan, beratnya 3.23kg,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Malah, Aisyah sempat menceritakan perasaan risaunya apabila doktor memberitahu bayi bersaiz kecil sewaktu pemeriksaan.

“Waktu checkup biasa, Aisyah risau sangat sebab doktor kata bayi kecil dua minggu daripada yang sepatutnya, tambah pula berat dia 2kg lebih sahaja.

“Aisyah banyak menangis dalam diam sebab risau tumbesaran bayi. Tapi alhamdulillah bila bersalin rupanya berat dia 3.23kg. Syukur, bayi pun sempurna sifat, gebu dan sangat mudah push keluar,” jelasnya lagi.

Aisyah juga belum bersedia untuk berkongsi wajah bayi kerana anaknya kini mengalami demam kuning dan telah ditahan di dalam wad.

Ramai wargamaya yang memberikan ucapan tahniah kepada pasangan ini dan mendoakan agar puterinya sentiasa dilindungi.

Ada juga yang mencadangkan beberapa nama indah anak perempuan untuk dipertimbangkan oleh Aisyah dan Aliff.

Alhamdulillah tahniah Aisyah. Selamat berpantang. Moga mummy dan bayi sentiasa baik dan sihat,” komen seorang wargamaya.

Congrats Aisyah, selamat berjaga malam,” kata seorang wargamaya.

Ya Allah takutnya tengok. Tapi happy juga. Tahniah Aisyah dan Aliff, alhamdulillah,” ujar seorang wargamaya.

Sumayyah, Siti Khatijah, Fatimah hehe,” cadang seorang wargamaya.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir setengah juta tontonan daripada pengikutnya.