Hiburan
Kongsi Video Bersama, Netizen Puji Persahabatan Fasha Sandha Dengan Fazura - “Alhamdulillah Masih Ada Geng Artis Yang…”
Perkongsian video memperlihatkan pelakon Fasha Sandha bertemu dengan aktres dan usahawan Nur Fazura yang dikongsikan di media sosial miliknya meraih perhatian.
Rezeki berjumpa
Bertemu di majlis yang diadakan oleh pengarah Along Kamaludin, Fasha berkata dia tidak perlu meminta Fazura untuk menjadi kuat kerana menganggap wanita itu sememangnya mempunyai sifat itu.
“Tak plan nak jumpa tapi rezeki dapat jumpa di majlis Along Kamaludin. Tak perlu cakap be strong kat dia sebab dia memang strong girl. Kesayangan ramai Fazura,” kata Fasha.
Menerusi video itu, Fazura turut memberitahu dia kini menjalani kehidupan yang bahagia.
“Alhamdulillah, saya gembira sekarang,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Itu Mummy Fatima, Tak Patut Orang Komen Bukan-Bukan” - Fattah Amin
ARTIKEL BERKAITAN: Fatima Tetap Manja Bila Berjumpa, Fattah Amin Anggap Luahan ‘Tak Sayang Daddy’ Sebab Merajuk - “Biasa La Budak Umur 4 Tahun, Kita Tak Boleh…”
ARTIKEL BERKAITAN: Disoal Tentang Cita-Cita, Anak Fazura-Fattah Mahu Jadi Usahawan - "Saya Nak Jual Perfume"
Rata-rata netizen memuji persahabatan Fasha dan Fazura selain suka melihat rakan selebriti menyokong satu sama lain.
“Alhamdulilah masih ada geng artis yang bagi semangat kat Faz selain Anju (Zarina Anjoulie).
“Suka macam ni… dari artis-artis pempuan lain sibuk kecam Faz tapi Fasha masih dengan Faz… love diorang berdua. Dahlah cantik sangat.
“Love you Fasha. Disaat ramai selebriti lain cakap macam-macam dekat Faz, you said something nice to her. May Allah bless u guys,” komen beberapa netizen.
undefined