gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Song Ji Hyo Kongsi Cabaran Kerja Jadi Penyelam Di Pulau Jeju - “Melangkau Imaginasi! Tanpa Tangki Oksigen, Menyelam 20 Meter Dalam Laut…”
HIBURAN
Boyz II Men Hidupkan Semula Kenangan R&B 90-an Di Mega Star Arena
HIBURAN
Ernie Zakri Sekali Lagi Buat Peminat Terluka Menerusi ‘Kisah Penuh Kecewa’, Duet Bersama Anggi Marito Penuh Emosi - “Lagu Ini Sangat…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Kongsi Video Dengar Lagu Inteam, Netizen Rasa Pilu Tengok Ina Naim - “Akak Mesti Rindu Arwah Suhaimi Saad…”

gempak
Asyikin Mayudin
26/05/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
Kongsi Video Dengar Lagu Inteam, Netizen Rasa Pilu Tengok Ina Naim - “Akak Mesti Rindu Arwah Suhaimi Saad…”
Fenomena muzik nasyid kini kembali apabila kumpulan Inteam mengumumkan mereka bakal mengadakan konsert pada September depan.
Gara-gara itu juga ramai pengguna laman sosial membuat konten menggunakan lagu popular Inteam.
Termasuklah Ina Naim yang memuat naik video dia sedang mendengar salah satu lagu kumpulan nasyid itu berjudul Impian Kasih ketika memandu.
“Berangan itu tidak salah kalau kita nak jadi isteri solehah,” tulisnya secara ringkas menerusi akaun TikTok miliknya.
Rata-rata netizen yang menonton video tersebut berasa sebak dan pilu memandangkan arwah suami Ina iaitu penyanyi Suhaimi Saad adalah salah seorang anggota kumpulan Inteam.
Dalam masa yang sama, mereka turut menyifatkan Ina sebagai isteri yang solehah dan pastinya dia sangat merindui arwah Suhaimi.
“Isteri yang taat sehingga akhir nafas suaminya… tahniah Puan
“That feel… bila dengar suara suami sendiri menyanyi… bangga, bahagia dan rasa nk senyum je. Bertuah sangat menjadi seorang Ina Naim. #AlFatihahSuhaimiInTeam
“Lagu ni ceria... tapi saya menangis tengok video ni.
“Nampak kak Ina menahan sebak. Al-fatihah untuk arwah suami akak. Semoga bahagia bersama suami sekarang kak Ina,” komen beberapa netizen.
Untuk rekod, Ina, sebelum ini bernikah dengan Suhaimi pada 12 Oktober 2007. Namun, Suhaimi meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat masalah kesihatan.
Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Pada 8 November lalu, Ina kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan pilihan hatinya iaitu Mohd Khairul Rizal.
@inasuhaimi78 Berangan tu x salah kalau kita nak jadi isteri solehah #inanaim #impiankasih #inteam #berangan #solehah #viral #fyp ♬ Impian Kasih - In Team
Topic Berkaitan
#Suhaimi Saad
#Ina Naim
#Inteam
#Kumpulan Inteam
Must-Watch Video