Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Kongsi Video Jalani Ujian Saringan, Haqiem Rusli Negatif COVID-19

Azwa Rahman 17/01/2021 | 08:16 MYT
Penyanyi Haqiem Rusli mengesahkan dirinya bebas daripada virus COVID-19 selepas keputusan ujian saringan pada pagi tadi.
Menerusi laman sosial Instagram, pemilik nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli, 23, turut berkongsi sebuah video ketika menjalani ujian saringan untuk tatapan umum.
“Syukur, pagi ni dapat keputusan negatif,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

A post shared by MANAGER - 0136382215 (@haqiemrusli98_)

Pada Jumaat lalu, Haqiem melakukan ujian saringan COVID-19 selepas dipercayai menjadi kontak rapat kepada pengurusnya yang telah disahkan positif.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai wargamaya berasa lega apabila pemenang Top Top MeleTOP Lelaki Anugerah MeleTOP Era (AME2020) itu disahkan negatif.
Malah, ada yang turut terhibur melihat aksi Haqiem menjalani ujian saringan menerusi video berdurasi 11 saat itu.
“Sampai senget mulut tu, alhamdulillah take care dan stay safe,” kata seseorang wargamaya.
“Alhamdulillah, hahaha muka dia bila cuak,” komen seorang wargamaya.
“Tiba-tiba kerongkong terasa gatal bila tengok video ni,” usik seorang wargamaya.
“Tak sakitlah Qiem, rasa macam Mimpi je kan?” tanya seorang wargamaya lagi.
Cubaan Gempak menghubungi Haqiem untuk bertanyakan khabar terkininya gagal.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 120,000 tanda suka daripada pengikutnya setelah tiga jam dimuat naik.
#Haqiem Rusli #Ujian #COVID-19 #Saringan
;