Perkongsian pelakon Rita Rudaini yang memperlihatkan sebuah majlis perkahwinan yang dimuat naik di laman Instagram baru-baru i ni menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Tanpa meletakkan sebarang penjelasan, rata-rata netizen mula membuat spekulasi mengatakan majlis itu merupakan perkahwinan aktres tersebut dan mengucapkan tahniah.

“Kalau majlis ini majlis Rita, nak ucap kan tahniah.

“Ala selama ini saya suka follow sebab nak tengok macam mana seorang single kuat untuk jaga anak-anak seorang diri. Apa pun tahniah, semoga berkekalan.

“Rita Berhak bahagia, kalau ini majlis Rita, akak ucapakan tahniah. Smeoga bahagia selamanya,” komen beberapa netizen.

Bagaimanapun, Rita menerusi Instagram pada Isnin berkongsi video sekitar majlis pernikahan anak buah kesayangannya yang dikenali sebagai Batrisyia Amirah sekali gus menepis spekulasi tersebut.

“Seorang Batrisyia yang lebih daripada istimewa untuk kami. Anak buah kesayangan mak ngah, kakak kegemaran Ryan dan Arjuna.

“Tak dapat diceritakan dengan kata-kata untuk seorang Batrisyia. Mak ngah, Ryna dan Arjuna love you,” tulisnya di kapsyen tersebut.

BACA SINI: “Main Bola Kena…”- Rita Rudaini Dedah Punca Anak Patah Tangan Di Sekolah

BACA SINI: "Sakitnya Tak Sesakit Dikhianati & Ditinggalkan Dulu..."- Rita Rudaini