Kongsi Video Sambutan Hari Jadi Pembantu Rumah, Netizen Kagum Dengan Layanan Eina Azman

Zulaikha Yusof
Disember 12, 2018 08:13 MYT
Pelakon Datin Eina Azman telah memuat naik sebuah video kejutan untuk sambutan hari jadi pembantu rumahnya, Nurhayati.
Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram (IG) miliknya beserta ucapan sempena hari lahir.
"Happy birthday Bik Nurhayati..Semoga panjang umur dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
"Bik Nur yang paling lama dengan saya dan keluarga. Thank you bik sebab tolong meringankan segala apa di rumah saya.
"Saya jaga kamu, saya pun mengharapkan kamu jaga saya dan keluarga saya dengan baik.
"Walaupun banyak juga agenda-agenda kamu di rumah. Nanti hadiah kamu saya bagi nanti ya," tulis Eina.
Sementara di ruangan komen, netizen berpendapat Eina seorang majikan yang tidak sombong dengan harta yang dimiliki.
Rata-rata peminat memuji cara layanannya dengan pembantu serta kagum dengan budi bahasa Eina.
#Eina Azman