Bakat dan kebolehan primadona filem Melayu, Fauziah Datuk Ahmad Daud sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi.

Apa sahaja watak yang dibawakan oleh wanita yang mesra disapa Kak Ogy ini pastinya memberikan impak.

Terbaru, lakonannya dalam filem Pusaka sebagai Opah meninggalkan kesan dalam hati penonton.

Menariknya, Kak Ogy turut melakukan adegan 'terapung' sendiri tanpa memerlukan bantuan atau khidmat pelakon lagak ngeri (stuntman)!

Mey Sini Tengok Opah Ganasss! Nak tahu macam mana Opah boleh terbang sampai ke atas? Nah Opah tunjuk skill sikit. Jom tengok Pusaka dengan member malam ni. . Dari Penerbit Filem DUKUN! Filem arahan Razaisyam Rashid . #PUSAKA KINI MENGHANTUI DI PAWAGAM! #FilemPusaka #Pusakachallenge #DiaDahDatang Dibintangi oleh @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Fauziah Ahmad Daud (@kak_ogy) on


Berkongsi video 'behind the scene' ketika menjayakan adegan terbabit di laman Instagram miliknya, peminat memuji kesungguhan Kak Ogy dalam menjayakan watak Opah.



Pelakon lain seperti Beto Kusyairy, Nad Zainal, Laila Nasir dan Aleza Shadan turut memberikan pujian kepada Kak Ogy.


Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

OFFICIAL TRAILER #PUSAKA #DiaDahDatang #FilemPusaka Adakah kehadiran ia sebagai satu pelindung atau petaka? Yang pasti, apa yang terjadi pada mereka ini, semuanya atas kau! #PUSAKA DI PAWAGAM 31 OKTOBER 2019 Dibintangi oleh @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.