HIBURAN

Kongsi Video Selawat Bersama Azal, Netizen Bangga Dengan Zarina Zainuddin - “Bangga Kami Dengar…”

Asyraf Roslan 21/08/2025 | 01:58 MYT

Pelakon, Zarina Zainuddin sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila berkongsi sebuah video dirinya mendendangkan zikir Bismillah 5.

Lebih menarik, menerusi perkongsian di TikTok, Zarina turut menampilkan anaknya iaitu, Azal untuk sama-sama mendendangkan zikir tersebut.

“Assalamualaikum Bismillah 5 dari kami berdua,” tulisnya ringkas.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi positif daripada warganet yang tersentuh mendengar bacaan Azal.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan sebak melihat usaha Zarina mendidik anaknya yang menghidap autisme.

“Nak nangis dengar Azal baca bismillah 5.. bangga kami dengar..tqq Azal..akk baca bismillah 5 ni masa suami tgh sakit jangkitan kuman pd selaput otak.. doc ckp xda harapan dh.. tp kita yakin, Allah mesti bantu.

“Bagus zarina, macam-macam pendedahan yang positif diberikan pada anak-anak autismnya. banyak perubahan especially pada Azal.

“Rasenye dekat sini tak perlu kut korang komen bukan bukan ☺️dia bukan buat bende yg salah pun .. Tak perlu pun perli perli 🥰

“Banyak yang buat gurau ye.. Kadang2 tak bertempat pulak rasa.

“Doakan aku kawan2.moga anak autism aku 8tahun mula bercakap tahun ni guys.

“Betapa gembiranya mak tengok anaknye dapat melafazkan dengan baik sekali Allahuakbar,” tulis netizen.

Rendang

Rindu Pulut Kuning Zarina?

Bila dengar nama Zarina, terus terbayang pulut kuning & rendang meleleh—nikmatinya di rumah.


Cepat sebelum habis!
#Zarina Zainuddin #Azal #Selawat