Laman Utama

Kongsi Video Sempena Hari Lahir Anak, Netizen Lebih Tertarik Dengan Wajah Maria Farida - “Yang Kita Nampak Makin…”

gempak
Asyikin Mayudin
17/05/2023
09:50 MYT
Sponsor Banner
Kongsi Video Sempena Hari Lahir Anak, Netizen Lebih Tertarik Dengan Wajah Maria Farida - “Yang Kita Nampak Makin…”
Perkongsian video yang dimuat naik di TikTok pelakon Datin Seri Maria Farida sempena ulang tahun kelahiran anak lelakinya pada Ahad lalu menarik perhatian netizen.
Meskipun usia sudah mencecah 54 tahun, namun wajah Maria Farida masih kelihatan muda sama seperti ketika dia berusia 20-an.
Rata-rata netizen turut terpesona dan memuji kecantikan pelakon drama siri popular Akira Khan itu masih persis anak dara.
“Artis yang paling aku minat. Tak makan tua langsung. Dari kecil sampai aku dah beranak suka tengok datin ni.
“Tak ada perubahan pun. Yang kita nampak makin cantik walaupun dah tua.
“Kenapa mak dia sama saja dari beranak sampai anak dah besar,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, Maria pernah meluahkan rasa terkilan dengan kecaman netizen terhadapnya yang mendakwa dia melakukan suntikan untuk sentiasa kelihatan muda.
Bagaimanapun, Maria menerusi temu bual media menegaskan dia tidak pernah melakukan sebarang suntikan atau pembedahan memandangkan dirinya sendiri takut dengan jarum dan kesakitan.
“Pada saya, kecantikan yang dianugerahkan mungkin ada kaitan dengan genetik saya. Dan mungkin saya sentiasa gembira dan selalu positif,” katanya.
@mariafarida.official My baby boy turns 26 y/o today! ??? #mizanashley #birthdayboy #sonshine ♬ I LOVED YOU FIRST - Mandi Fisher
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live