Hiburan
Kongsi Video Suami Iqamatkan Anak, Lana Nodin Sebak
Pelakon Lana Nodin sebak sebaik saja mendengar suaminya David McKienzi melafazkan Iqamat kepada anak sulungnya, Gia Quinn Mckienzie.
Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin berkongsi video momen indah tersebut di akaun Instagramnya semalam (Khamis) dengan kapsyen:
“Permata HatiKu...so touched when my hubby @david_mckienzie iqamat my baby Gia for the first time...Alhamdullilah and TQ Allah. #lanadaud #lanadavidfmly #lanadavidmckienzie #giaquinn,” tulisnya.
Menerusi video tersebut jelas kelihatan wajah Lana yang menahan sebak ketika suaminya memangku anak mereka sambil melafazkan Iqamat di telinga permata hatinya.
Bukan hanya Lana, pengikut Instagramnya juga turut sebak melihat situasi tersebut dan berkongsi perasaan mereka melalui ruangan komen video tersebut.
Sehingga kini, Instagram Lana masih lagi dihujani dengan ucapan tahniah dan peminat juga turut menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat wajah comel bayi aktres tersebut.