Pelakon Fauzi Nawawi telah berkongsi gambar bayi lelakinya yang baru dilahirkan pada selasa lalu.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fauzi melahirkan rasa syukur atas kurniaan yang diberikan pada mereka.

"Tiada suatu harta pun yang akan kekal di dunia ini, tiada lain yang lebih berharga melainkan Anugerah mu yang menjadi permata hati kami dunia dan akhirat.

"Alhamdulillah, jadikanlah kami hamba mu yang taat," tulisnya.

Tiada suatu harta pun yg akan kekal di dunia ini, tiada lain yg lebih berharga melainkan Anugerah mu yg menjadi permata hati kami dunia dan akhirat ?? ... ALHAMDULILLAH.. jadikanlah kami hamba mu yg taat ?

A post shared by FauziNawawi2016 (@fauzinawawi_new) on


Rata-rata memuji kecomelan anak mereka dan mendoakan bayi yang dilahirkan itu akan membesar dengan sihat serta menjadi anak yang soleh.

"@mawa_qaseh: Alhamdulillah. Tahniah. Selamat berpantang untuk Kak Lisda. Alahaii comelnya anak."

"@lizz_tk50: Alololooo comeynye baby. Semoga anak yang dilahirkan ini menjadi anak yang baik. Ameen."

"@norazeanty6: Alhamdulillah. Tahniah kakak, anugerah dari Allah yang paling indah. Comelnya. Rindunya bau baby."

Terdahulu, Lisda dilaporkan melahirkan anak mereka pada pukul 10.23 malam, Selasa lalu.

Lisda dan Fauzi mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Nor Aini Farhana, Nor Aina Fazneesya dan Muhammad Fazreez Hazwan.

Manakala, cahaya mata ini merupakan zuriat kelapan Fauzi yang sebelum ini pernah dikurniakan empat cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulu.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram Fauzi