Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Kongsi Wajah Rasmi, Siti Nurhaliza Namakan Anak Kedua Muhammad Afwa - "Afwa Melengkapkan Afiyah Dalam Doa..."

Amri Hassan
26/04/2021 12:45 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil mendedahkan nama anak keduanya yang diberi nama Muhammad Afwa.

Berkongsi perkara tersebut di Instagram, jelas Siti nama yang dipilihnya itu membawa makna keampunan atau kemaafan.

"Hari ini, 26 April 2021, bersamaan dengan 14 Ramadan 1442H, anakanda saya genap berusia 7 hari.

"Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.

"Alhamdulillah, hari ini, suami dan saya ingin berkongsi wajah dan nama anakanda kedua kami.

"Kami menamakan anakanda kami dengan nama Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan.

"Muhammad Afwa lahir pada bulan Ramadan, bulan keampunan dan di dalam doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut afwa," katanya.

Tambah Siti nama itu merupakan kesinambungan kepada makna afiyah yang menjadi pelengkap doa-doanya setiap hari.

"Afwa melengkapkan afiyah dan terdapat di dalam doa yang saya dan suami pilih iaitu doa lengkap afiyah.

"Semoga anakanda Muhammad Afwa sentiasa di dalam keampunan dan kemaafan Allah s.w.t. dan kita semua juga di dalam lindunganNya," kata Siti lagi.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)


Siti telah selamat melahirkan bayi keduanya pada 19 April lalu secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibukota.

Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Jiwa yang berkahwin pada 21 Ogos 2006 dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun menerusi proses IVF.
#Penyanyi #Viral #Anak #Siti Nurhaliza #NAMA #Tokti #Muhammad Afwa
;