Kisah siasatan yang lucu serta penuh suspen drama Astro Original Series, Murder By Moonlight semakin mendebarkan.

Ameera yang dilakonkan oleh pelakon Sara Ali menjadi watak utama itu masih tidak berputus asa menyiasat siapakah pembunuh penulis novel terkenal, Tuan Osman.

Namun dalam episod malam ini, Ameera pula dituduh pembunuh apabila terdedah kepada semua termasuk dia sebenarnya anak Tuan Osman?

Ameera, yang cuba menjadi pengurus yang baik dan cuba lupakan siasatannya, mendapat semangat dari Afie untuk teruskan usaha.

Bagaimanapun penyiasatan Ameera terbantu selepas mengetahui sesuatu tentang Tuan Osman. Siapa Tuan Osman sebenarnya?

Saksikan Murder By Moonlight malam ini yang ditayangkan setiap hari Isnin, jam 9.00 malam,di Astro Citra, saluran 108 atau strim di platform Astro Go atau On Demand. Drama premium 8 episod ini diterbitkan oleh Astro Shaw dan mempersembahkan produksi Iron Hill Media dan PassionPictures.

Menariknya kali ini menerusi Murder By Moonlight menyaksikan gandingan bakat hebat barisan pelakon daripada pelbagai latar seperti Sara Ali, Wan Hanafi Su, Sharifah Amani, Thanuja Ananthan, Brian Chan, Radhi Khalid, Riz Amin, Ruzana Ibrahim, Hana Nadira, Tiara Anchant, Amanda Ang dan Amir Ameezan.

Murder By Moonlight melibatkan gabungan 4 orang pengarah kreatif iaitu Mien.Ly, Khairil M.Bahar, Gavin Yap dan Tony Pietra Arjuna. Setiap pengarah mempunyai sentuhan magis yang berbeza.

Mien. Ly dan Khairil M. Bahar bertanggungjawab mengarahkan episod 1 & 2; Gavin Yap bagi episod 3 & 4, Tony Pietra Arjuna untuk episod 5 & 6; dan Khairil M. Bahar episod 7 & 8. Mien.

Kisah Murder By Moonlight bermula apabila seorang novelis jenayah dan misteri ditemui mati di sebuah resort di pulau terpencil, seorang pengurus hotel, Ameera bertindak sebagai detektif wannabe dan telah mengesyaki antara dua belas tetamu hotel.

Disebabkan terperangkap di pulau, jadi semua orang yang ada di situ tidak boleh ke mana-mana, mahupun keluar dari pulau tersebut. Mereka bukan hanya bimbang kehabisan bekalan makanan tetapi mereka mungkin terperangkap bersama dengan pembunuh yang dicari!

Episod pertama Murder By Moonlight akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9.00mlm, 1 Ogos. Manakala untuk minggu-minggu seterusnya, saksikan siri drama premium ini setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra atau pilihan alternatif strim di Astro GO atau On Demand.

Lokasi penggambaran Murder By Moonlight telah ditaja oleh Hotel Lexis Hibiscus, Port Dickson. Manakala, jumlah hari penggambaran adalah selama 44 hari.