Tabiat menggunakan lorong kecemasan memang satu perkara yang dibenci oleh penggunan jalan terutama ketika trafik sesak.

Namun, hakikatnya masih ada ramai yang degil dan tidak sedar bahawa tindakan tersebut dilarang sama sekali.

Terbaru, satu video memarkan sebuah kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan tular di media sosial.

Video berkenaan dimuat naik oleh individu dikenali sebagai Zakirin Muhammad.

Menerusi rakaman berdurasi 42 saat itu, kenderaan tersebut pada awalnya sangat leka menggunakan lorong kecemasan dalam keadaan berbahaya sebelum kemudiannya cemas apabila mendapati terdapat sekatan jalan raya di hadapan.

Biarpun cuba kembali ke laluan kanan, namun tindakan pemandu tersebut gagal memperdayakan pihak polis yang terlebih dahulu memerhati tindakannya.

Akibatnya, pemandu tersebut ditahan sebelum diarah berhenti untuk semakan lanjut.

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen berpuas hati dengan ‘ending’ video tersebut.

Instant karma ?

Posted by Zakirin Muhammad on Tuesday, August 18, 2020

Menurut mereka, video tersebut harus dijadikan pengajaran buat semua untuk tidak menggunakan lorong kecemasan untuk kepentingan diri sendiri.

Untuk rekod, memotong di lorong kecemasan adalah di bawah peraturan 5: Peraturan Lalulintas 1959 di mana anda boleh dikompaun RM300 secara serta merta jika ditahan.