Kononnya Asyik Berlakon Jadi Wanita Cantik Berbulu Mata Melentik, Jasmin Hamid Tepis Prasangka Netizen!

Zulaikha Yusof
Februari 26, 2021 01:50 MYT
Pelakon senior Jasmin Hamid, 47, mendedahkan terdapat segelintir individu yang beranggapan dia hanya akan memilih watak wanita cantik dalam lakonan.
Menurut Jasmin, tanggapan itu salah kerana dia akan menjayakan setiap watak mengikut tuntutan karya.
"Saya maafkan segelintir korang yang pernah berprasangka buruk bahawa saya jenis seorang pelakon yang nak cantik dan berbulu mata palsu 24 jam.
"Saya berlakon mengikut kehendak watak. Saya akan lakukan setiap watak saya dengan sepenuh hati saya supaya berkat gaji yang saya terima. Saya seorang pelakon bukan ratu cantik," tulisnya.
Tegas pemilik nama Jasmiah Abdul Hamid, sebagai seorang pelakon wajib untuk belajar serta memahami mengenai watak yang dibawa.
"Nak jadi seorang pelakon yang bagus, wajib belajar dan tau tentang setiap watak yang diberikan.
"Kalau pelakon itu sendiri tidak rasa, jangan harap penonton dapat rasa apa yang ingin disampaikan dalam sesebuah karya. Tugas pelakon untuk mencipta rasa.
"Kalau seorang pelakon tu nak sentiasa nampak cantik dan kacak, tak nak bawa watak hodoh, busuk, berlendir mengikut kehendak watak.
"Cari kerjaya lain yang boleh nampak cantik dan kacak 24 jam. Jangan rosakkan karya orang. Maaf jika ada yang tak setuju dengan pendapat saya," tulisnya lagi.
#Jasmin Hamid #Watak #Lakonan #Bulu Mata 24 Jam