"Kononnya Seminggu Tak Buka Instagram Tapi..." - Baby Shima
Asraf Aided
25/01/2019 04:05 MYT
25/01/2019 04:05 MYT
Penyanyi dan bintang program Big Stage, Baby Shima telah menerima gangguan serta kata-kata lucah oleh seorang pengikutnya di Instagram (IG) baru-baru ini.
Semalam, Shima mendedahkan identiti individu tersebut yang merupakan seorang gadis di entri akaun IGnya buat tatapan umum.
Menurut Shima, gadis itu tidak mengaku bersalah dan mendakwa akaun IGnya telah digodam.
"Kononnya seminggu tak buka IG tapi tiga hari sebelum kena hack boleh pula post IG Story," tulis Shima di ruangan kapsyen.
Difahamkan, Shima telah terlebih memaklumkan kepada gadis itu yang dia akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya keadaan memerlukan.
Namun tidak lama selepas itu, gadis itu tidak mengaku memberi kata-kata kesat kepada Shima dan mengatakan itu adalah perbuatan orang lain ketika telefon bimbitnya dicuri.