Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Konsert 'Ada Afgan & Lyodra: Live In KL' September Ini, Harga Serendah RM258!

Gempak
15/07/2024 19:35 MYT
Tampil dengan single duet Ada, penyanyi popular Indonesia, Afgan dan Lyodra bakal menghiburkan peminat-peminat kesayangan mereka di Malaysia menerusi konsert ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’ pada 28 September 2024.

Bertempat di Megastar Arena, Kuala Lumpur yang dibawakan khas oleh syarikat penganjur konsert terkemuka negara, Kharisma Music itu ditaja oleh jenama kosmetik Alha Alfa, dan penganjur bersama, Intan Gelombang serta Futurace.

BERITA TRENDING: Lyodra Hampir Pengsan Ketika Shooting Muzik Video Ada Bersama Afgan

BERITA TRENDING: Sebab Terlalu Penat Nak Mengunyah, Afgan Minum Smoothie Dada Ayam Campur Pisang

BERITA TRENDING: Oh, Ini Rupanya Sebab Kenapa Afgan Dah Tak Pakai Cermin Mata…

BERITA TRENDING: Afgan Lalui Terapi Dengan Pakar Psikiatri - "Saya Alami Mental Block, Burn Out ..."

Setakat ini, segala-galanya masih lagi teka-teki dan segala persoalan bakal terjawab dalam sebuah sidang media khas yang bakal diadakan pada bulan Ogos nanti.

Apa yang pasti, jualan tiket akan bermula pada tarikh 10 Julai 2024 (bersamaan hari Rabu), jam 12:00 tengahari di laman web www.ticket2u.com.my/afganlyodra.

Kesemua kategori-kategori tiket adalah berdasarkan tempat duduk yang bernombor dan pembeli berhak memilih kategori tiket yang dikehendaki, manakala tempat duduk terbaik bagi kategori yang dipilih akan dikhaskan buat pembeli.

Buat pembeli awal di antara tarikh 10-11 Julai 2024, harga istimewa seperti ‘early bird’ turut ditawarkan seperti kategori-kategori berikut:
Pesan Terakhir (RM258, harga biasa RM358)
Escape (RM338, harga biasa RM438)
Sang Dewi (RM458, harga biasa RM558)
Panah Asmara (RM488, harga biasa RM588)
Ada VIP (RM588, harga biasa RM688)
Ada VVIP (RM1,288, harga biasa RM1,488)

Istimewanya buat pembeli kategori tiket Ada VVIP, anda berpeluang ke sesi ‘meet & greet’, bakal menerima barangan rasmi konsert seperti lanyard, dan juga sajian makanan serta minuman ringan.

Jadi dapatkan tiket-tiket anda ke konsert ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’ dengan segera!
#Penyanyi #Viral #Konsert #Afgan #Indonesia #Tiket #Ada #Megastar Arena #Lyodra