Konsert Akon ‘The Superfan Tour’ Memang Gempak! Siap Ambil Telefon Peminat Untuk Rakam Video
Asyikin Mayudin
23/11/2024 13:55 MYT
23/11/2024 13:55 MYT
Tak sampai dua jam, tapi Konsert Akon ‘The Superfan Tour’ sememangnya memberi satu memori yang tidak akan dilupakan oleh peminatnya.
Mega Star Arena, Kuala Lumpur turut dipenuhi dengan 4,000 peminat yang dari pukul 8.30 sehingga 9.45 malam tidak berhenti menari dan ‘sing along’ dengan Akon.
Tanpa membuang masa, Akon mulakan persembahan dengan lagu Beautiful Day, I’m So Paid, Locked Up, Ghetto, Soul Survivor To Kush, Against The Grain, Sweetest Girl, Bartender, Body On Me, I’m Back dan Hypnotize.
Konsert semakin meriah dengan lagu Belly Dancer, Don’t Matter, Danza Kuduro, Mama Africa, I Tried, Sorry Blame Me, Lonely, Dangerous, I Wanna Love You dan Smack That.
Akon mengakhiri segmen dengan lagu Just Had Sek, Sweet Escape, Chammak Challo, Right Now To Beautiful, Work Hard To Sext B*, When The Rise Up dan Freedom.
Apa yang lagi menarik, Akon mengambil telefon bimbit beberapa orang peminat bertuah dan merakam aksi dirinya sedang menyanyi.
Pempengaruh media sosial iaitu Harris Anuar juga salah seorang peminat yang bertuah apabila Akon memilih untuk mengambil telefonnya untuk merakam dirinya sedang menyanyi.
Bukan itu sahaja, Akon juga ada mengambil beberapa botol air dan memercikkan air ke arah peminat.
Selain Harris, antara selebriti tempatan yang turut memeriahkan konsert Akon adalah Azira Shafinaz, Sophia Liana, Ismail Izzani dan Sherry Al-Hadad.