Konsert Amal Alif Satar dan Raihan Ditunda Ke Februari 2020

Fiza Kamarudin
Oktober 30, 2019 13:26 MYT
Penganjur Konsert Amal Countless Blessing bersama Alif Satar dan Raihan, Philandure Sdn. Bhd. mengumumkan penundaan acara tersebut.
Menerusi sebuah kenyataan media, penganjur memaklumkan konsert yang dijadualkan berlangsung pada 2 November (Sabtu) ini ditunda ke 22 Februari 2020.
Selain itu lokasi konsert juga bertukar dari Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara ke Pusat Budaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.
"Kami bagi pihak penganjur ingin memohon maaf di atas penundaan Konsert Amal Alif Satar & Raihan disebabkan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.
“Kepada pembeli tiket dan penyumbang, kami memohon maaf. Terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada usaha pengumpulan dana buat sekolah dan institusi-institusi kebajikan yang terlibat.
“Harapan kami program pada 22 Februari hadapan bakal mendapat sokongan dan dokongan dari masyarakat di luar sana", kata penganjur.
Bagi menghargai sokongan peminat yang telah membeli tiket penganjur juga dengan berbesar hati untuk menaik taraf tiket biasa menjadi ‘tiket gold’, menggunakan laluan khas VIP pada hari konsert dan satu unit cenderahati istimewa.
Pihak penganjur juga akan mengeluarkan tiket baru kepada semua pembeli dan penyumbang bagi menggantikan tiket yang telah dibeli sebelum ini.
Tiket gantian akan diterima dalam masa 14 hari dari selepas pembebi dan penyumbang membuat pengesahan penerimaan tawaran menerusi pautan di bawah:
http://www.wasap.my/601156866963/AlifRaihanUpgrade
Kepada yang tidak dapat menghadiri konsert pada Tarikh baru tetapi masih berminat unruk menyumbang pembelian tiket sila ke pautan
http://www.wasap.my/601156866963/AlifRaihanDerma
Pembeli atau penyumbang yang mahu pemulangan tiket secara sepenuhnya, diminta menghantar butiran berikut ke email linda@philandure.co.
Nama:
No. K/P:
Email:
No Akaun:
Bank:
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak penganjur di talian +6011.5686.6963 (Linda).
#Konsert #Alif Satar #Raihan #Konsert