HIBURAN
Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti Bertukar Lokasi Ke PICC Putrajaya
Konsert Cinta Nostalgia bersama Krisdayanti akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 Jun 2025, menggantikan lokasi asal sebelum ini.
Menurut pengajur acara, pertukaran lokasi ini dilakukan demi menjamin keselesaan maksimum, kemudahan terbaik serta menyediakan suasana konsert yang lebih eksklusif dan imersif buat semua penonton
"Konsert yang dinanti-nantikan ini bakal menyaksikan kemunculan semula Primadona Indonesia, Kris Dayanti, ke pentas Malaysia selepas kali terakhir menggegarkan hati peminat menerusi Konsert Romansa Kris Dayanti pada tahun 2017.
"Diva tersohor ini bakal menghidupkan pentas dengan vokal lantangnya yang memukau, diiringi susunan muzik orkestra yang megah dan eksklusif, di bawah arahan Pengarah Muzik tersohor, Mr. Erwin Gutawa.
"Lebih istimewa, dua bintang hebat tanah air – Mimi Fly, yang sinonim dengan gaya persembahan bertenaga dan vokal yang unik, serta Khai Bahar, penyanyi lelaki pilihan ramai dengan suara yang memikat – akan turut menyerikan pentas sebagai penyanyi undangan khas.
"Gabungan bintang-bintang ini bakal menghadirkan malam penuh warna, emosi dan nostalgia, sekali gus menyatukan peminat dari pelbagai generasi dalam satu momen yang tidak akan dilupakan," maklum kenyataan media yang dirimkan kepada Gempak.
Tiket masih boleh didapati melalui UberTickets di pautan rasmi https://cintanostalgia.ubertickets.asia
Para peminat disarankan untuk mendapatkan tiket lebih awal bagi memastikan tempat dalam malam yang menjanjikan keajaiban muzik dan kenangan.
Must-Watch Video