Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Konsert Cokelat Kembali 7 September Di KL Batal!

Amri Hassan
28/08/2024 04:03 MYT
Konsert kumpulan dari Indonesia, Cokelat yang sepatutnya berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, di sini, pada 7 September ini dibatalkan.

BERITA TRENDING: 12 Tahun ‘Bermasam Muka’, Kikan Dan Cokelat…? | GMW Highlights

Pengarah Tanjak Global Services yang juga penganjur konsert berkenaan, Rosden Rahmat dalam satu kenyataan berkata, pembatalan itu atas sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan dan proses pengembalian semula wang kepada pembeli tiket akan dibuat.

"Dengan penuh kesal, kami terpaksa membuat keputusan berat ini atas sebab-sebab tertentu yang tidak boleh dielakkan serta di luar kawalan kami.

"Kami faham khabar ini pasti mengecewakan dan dengan rendah hati memohon maaf atas sebarang kesulitan. Jangan risau, semua pembeli tiket akan mendapat pulangan penuh wang mereka menerusi Ubertickets," katanya.

Rosden juga memaklumkan keputusan itu dibuat atas kata sepakat bersama kumpulan dianggotai Kikan (penyanyi), Edwin (gitar), Ernest (gitar), Ronny (bass) dan Ervin (dram) itu.

"Kami juga sudah maklumkan kepada mereka secara rasmi (pembatalan). Kami akan membuat pengumuman susulan kepada pembeli tiket pula.

"Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak media atas dedikasi dan sokongan sepanjang projek ini," katanya.

Pada Jun lalu, Cokelat yang popular dengan lagu Karma mengumumkan teruja kembali dapat menjayakan konsert di sini selepas pernah berpecah sebelum ini.

Band yang berpisah selama 12 tahun itu kembali bersatu pada Hari Kemerdekaan Indonesia yang berlangsung 17 Ogos 2022.

BERITA TRENDING: Cokelat Tunjuk Astrid Jadi Vokalis, Bagaimana Dengan Aiu Ratna?

BERITA TRENDING: Cokelat - Karma (Versi Akustik) | Gempak Jam Session

BERITA TRENDING: Sempat Terkatung-katung, Cokelat Akhirnya Perjelas Status Jackline Rossy

#Konsert #Indonesia #batal #Kuala Lumpur #Cokelat