Sekolah tersohor dengan pencapaian terbaik dalam dan luar negara, Seri Puteri (SSP), Cyberjaya buat julung kalinya bakal menganjurkan konsert amal 'FLOURISHES 23: SYMPHONIC GALA CONCERT’ pada 20 Mei ini, jam 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya.
Konsert gala yang dijayakan menerusi Orkestra Simfonik Wind Seri Puteri (SPWinds) itu bertujuan untuk mengumpul dana bagi meneruskan legasi kecemerlangan SPWinds ke pertandingan International Orchestra Festival and Competition Golden Sardana di Barcelona, Sepanyol pada 12 hingga 17 September nanti.
Justeru, dalam merealisasikan hasrat anak-anak tempatan yang terbabit, dana yang diperlukan adalah RM900,000.
Lebih membanggakan, penganjuran konsert amal itu mendapat sokongan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta menampilkan penyanyi terkenal tanah air, Anuar Zain.
SPWinds adalah sebuah pasukan wind orkestra yang ditubuhkan pada tahun 1976 di Sekolah Seri Puteri. Ia diiktiraf sebagai School of Global Excellence (SGE) oleh KPM.
SPWinds yang merupakan watak kebitaraan SSP telah memanifestasi pengiktirafan SGE, dengan memenangi pelbagai pertandingan peringkat antarabangsa serta mengharumkan nama negara di pentas ternama dunia muzik klasik seperti Carnegie Hall di New York dan Golden Hall Musikverein di Vienna, Austria.
Tidak dinafikan lagi, pelbagai kejayaan yang diraih itu menjadikan Sekolah Seri Puteri antara sekolah terbaik di Malaysia dengan rekod kecemerlangan tertinggi akademik dan pencapaian kokurikulum yang luar biasa di peringkat global.
Semua hasil kutipan konsert ini akan disalurkan kepada SPWinds. Melalui konsert ini, SPWinds juga mengharapkan kerjasama pihak swasta dan mengalu-alukan sumbangan individu dan tajaan pihak korporat dalam menjayakan misi ROAD TO BARCELONA 2023.
Tiket konsert boleh didapati melalui laman web TICKETEMPIRE di https://www.myticketempire.com/flourishes23 dengan harga bermula RM168 hingga RM468.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pn. Hawariah (019 - 259 1724) atau Pn Shahriyah (019-435 2090) serta melalui emel [email protected] .
Amri Hassan
Tue May 09 2023
Selesa Sebagai ‘Bestie’, Nabil Aqil & Alya Iman Enggan Terjebak Cinta Lokasi
Pelakon Nabil Aqil dan Alya Iman mengakui enggan terjebak dengan cinta lokasi kerana tidak mahu merosakkan status persahabatan mereka yang sudah terjalin sejak 2021.
Hukuman Siti Bainun Abai & Aniaya Remaja Down Sindrom, 12 Tahun Di Penjara Kajang
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali kerana mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella, tiga tahun lalu. Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Siti Bainun, 32, selaku pe
‘Bey Sobar Bey’ Mendunia, Juventus Guna Lagu Cinta Setandan Pisang Pada Salah Satu Video Di TikTok!
Lagu Cinta Setandan Pisang mendunia apabila ia digunakan dalam salah satu video di platform TikTok kelab bola sepak Juventus.
Pertama Kali Cipta Lagu Untuk Awie, Impian Ajai Jadi Realiti! - "Saya Dibesarkan Dengan Lagu-Lagunya"
Impian penyanyi dan komposer Ajai untuk bekerjasama dengan idolanya, Datuk Awie menjadi kenyataan menerusi lagu runut bunyi filem Rebel: Berontak Untuk Berotak berjudul Cerita Rindu.
Sheriff: 14 Hari Tayangan Kaut RM44.5 Juta! Ramai Beri 10/10
Tahniah Sheriff.
Wakil Malaysia Menyanyi Di China, Sarah Yasmine Luah Rasa Bangga Dengan Bella Astillah
Kemelut rumah tangga yang dihadapi seakan-akan tidak mengganggu pelakon dan penyanyi, Bella Astillah untuk mencipta kejayaan sendiri dalam karier seninya. Mewakili negara untuk mengadakan persembahan di Wuhu Shenshan Music Festival 2024 di China, Bella mempersembahkan sebuah lagu berbahasa Cina selain Sumandak Sabah nyanyian asal Velvet Aduk dan
The Weeknd Sumbang RM9.5 Juta Buat Bantuan Makanan Di Gaza
Penyanyi terkenal, The Weeknd sekali lagi menyalurkan derma RM11.7 juta daripada organisasi miliknya XO Humanitarian Fund dalam usaha menyediakan 18 juta keping roti untuk membantu keluarga di Gaza.
Tak Kisah Dikecam, Erma Fatima Terbuka Kerjasama Dengan Aliff Aziz & Ruhainies
Tidak terganggu dengan kecaman, pengarah dan penerbit, Erma Fatima enggan menolak kemungkinan akan bekerjasama dengan pelakon kontroversi Ruhainies dan Aliff Aziz pada masa akan datang. Menurut Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 56, bakat yang dimiliki dua selebriti itu tidak ada kena mengena dengan masalah peribadi yang dihadapi buat
Labelkan Anak Dajjal Kecil & Beri Kata-Kata Kesat, Caprice Cari Budak Biadap Sampai Lubang Cacing - “Kita Jumpa Depan Depan”
Melampaunya sampai hina anak orang.
Platform Untuk Merentasi Industri Lain, Kerjasama Filem The Experts Dengan Calpis Soda Jadi Tanda Aras
Filem The Experts kerjasama dengan Calpis Soda.