Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Konsert Jiwa Malaysia 2024: 15,000 Penonton Hadir, Berkumpul Sejak Pukul 2 Petang!

Ainun
09/09/2024 15:25 MYT
Dalam semangat menyambut kemerdekaan, Perbadanan Stadium Malaysia dengan kerjasama MND Sport & Event telah menganjurkan Konsert Jiwa Malaysia untuk menyemarakkan semangat cintakan negara melalui hiburan.

Konsert Jiwa Malaysia 2024 yang diadakan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, dibanjiri lebih 15,000 penonton dari serata Malaysia.

Penonton mula berkumpul di perkarangan stadium sejak pukul 2 petang untuk menyaksikan konsert yang menampilkan barisan penghibur antaranya Dolla, Insomniacks, Ruffedge, Spider, Bunkface, dan Hujan.

Terbukti, persembahan hebat daripada barisan artis termasuk Bella Astillah telah berjaya menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai generasi. Antara persembahan yang meraih sorakan meriah adalah Bunkface menerusi lagu Malam Ini Kita Punya, Ruffedge (Khayalan), Spider (Relaku Pujuk) dan banyak lagi.

Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim, konsert ini mampu mengembalikan semangat patriotik melalui sokongan terhadap muzik tempatan.

“Konsert ini saya menganggap sebagai salah satu medan ekspersi. Menjadi seorang yang patriotik bukanlah perkara yang kita sering melihat seperti baca ikrar, mencintai muzik lokal adalah salah satu semangat patriotisme.


“Yang mana hadir di stadium ini adalah disatukan jiwa melalui konsert Jiwa Malaysia. Itu adalah yang paling penting”, katanya ketika menghadiri di Konsert Jiwa Malaysia 2024 pada Sabtu.

Konsert Jiwa Malaysia melabuhkan tirai dengan persembahan bertenaga dari Hujan menerusi lagu ‘Rumah Kita’.

BERITA TRENDING: 2NE1 Akan Singgah Manila Dan Jakarta Untuk Konsert, Malaysia Pula Bila?

BERITA TRENDING: “Saya Buat Live TikTok Hari-Hari, Ramai Yang Maki Hamun” - Noraniza Idris

BERITA TRENDING: "Macam Mana Boleh Kata Datuk Siti Tak Ada Job" - Anak Tiri Siti Nurhaliza Tampil Bersuara

BERITA TRENDING: 5,000 Penonton Meriahkan Malam Hari Merdeka Pulau Pinang! Spider, Ella, Masdo Penuh Energetik

#Konsert #Ruffedge #Bunkface #Penonton #Adli #Bella #Adam #Menteri Belia Dan Sukan #Hujan #Astillah #DOLLA #Spider #imsomiacks #Jiwa Malaysia 20204