Hiburan
Konsert Ketiga Ceria Popstar Janji Persembahan Mantap
Konsert ketiga Ceria Popstar yang bakal bersiaran malam ini menjanjikan persembahan mantap dari lapan pesertanya.
Peserta duo, SISTAR bakal menguji keharmonian vokal mereka dalam lagu Like I’m Gonna Lose you yang dipopularkan oleh Meghan Trainor dan John Legend.
Elyah pula mendapat tugasan lagu balada berhantu, Di Pintu Syurga nyanyian asal Dayang Nurfaizah manakala ‘rocker’ cilik, Aniq diberi tanggungjawab melunaskan tugasan lagu Takkan Pergi, nyanyian Hyper Act.
Advertisement
Konsert ketiga Ceria Popstar akan disiarkan malam ini, 15 April 2016, bermula jam 9 malam di tiga saluran iaitu Astro Ceria, Saluran 611 , Astro Maya HD, Saluran 135 dan Astro Prima, saluran 105.
Konsert ketiga ini masih menampilkan Nabil Ahmad selaku pengacara manakala pelawak terkenal Syuk Balas dijemput menjadi juri undangan bersama juri tetap, Datuk Siti Nurhaliza dan Awie bagi menilai persembahan setiap peserta yang bertanding.
Pengacara tersohor tanahair, Datuk Aznil Haji Nawawi bertindak selaku penaung dan ‘father-figure’ kepada program ini. Sementara itu, Alam Wakaka dipilih sebagai koreografer manakala Sarah Ismail, bertindak selaku guru vokal Ceria Popstar 2016.
Juara Ceria Popstar 2016 bakal membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM 20,000.00 beserta trofi sumbangan Astro. Naib juara pula bakal memenangi wang tunai sebanyak RM 15,000.00 beserta trofi.
Tempat ketiga bakal meraih wang tunai RM 10,000.00 dan juga trofi. Format penjurian konsert Ceria Popstar ini menggunakan format 100 % penilaian daripada juri professional.
Jangan lupa untuk menyaksikan Konsert ketiga Ceria Popstar malam ini bermula jam 9.00 malam hanya di saluran 611, Astro Ceria, saluran 135, Astro Maya HD dan saluran 105, Astro Prima.
Must-Watch Video