Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Konsert Penuh Energi, Terima Kasih Boyzone Untuk Semua Lagu Indah

Azwa Rahman
15/06/2019 06:51 MYT
Kumpulan boyband popular sekitar 90-an, Boyzone menggamatkan Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam dengan persembahan bertenaga menerusi Boyzone - Thank You & Goodnight Farewell Tour yang berlangsung malam tadi.

Sebanyak 22 lagu dipersembahkan tanpa henti dengan penuh energi diiringi seorang penyanyi latar.

Mereka menggamit memori hampir separuh penonton pada malam tadi dengan barisan lagu popular seperti Love Me for a Reason, No Matter What, Words, Everyday I Love You dan banyak lagi.

A post shared by Boyzone (@boyzoneofficial) on

Malah, Boyzone turut mempersembahkan lagu Dream sebagai tribute kepada bekas anggotanya, mendiang Stephen Gately.

Gately yang meninggal dunia pada 10 Oktober 2009 pernah merakamkan versi solo lagu itu pada 2001.

Siri jelajah Thank You & Goodnight bermula pada Januari lalu di United Kingdom dan Ireland, diikuti Australia, New Zealand, Eropah serta Asia.

Boyband yang berasal dari Ireland ini mengumumkan akan bersara buat selama-lamanya selepas menjayakan siri jelajah Thank You & Goodnight Farewell Tour.

Boyzone dianggotai oleh Ronan Keating, 40, Shane Lynch, 41, Keith Duffy, 42, dan Mikey Graham, 45.

Konsert Boyzone kali ini dibawakan oleh Wowstar Creative Entertainment bersama J Starlux dan Aco Media.

#Konsert #Konsert #Boyband #Boyzone
;