gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Pempengaruh Maut ‘Mukbang’ Pelitup Muka, Pemerah Pipi & Lipstik
HIBURAN
'Top 10 Wanita Tercantik Malaysia’ Buka Jalan Cinta Jefri Nichol & Ameera Khan - "Saya Stalk Instagram Dia..."
HIBURAN
Ruben Onsu Gagal Tunai Haji: “Sebagai Mualaf Saya Menikmati Apa Yang Allah Beri”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Konsert Slam X Exists: Our Journey Bakal Gegarkan Mega Star Arena 26 Julai Ini

gempak
Umirah Halim
23/04/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
Konsert Slam X Exists: Our Journey Bakal Gegarkan Mega Star Arena 26 Julai Ini
Dua nama besar yang pernah mendominasi carta muzik tanah air, Slam dan Exists, bakal bergabung tenaga dalam sebuah konsert epik yang diberi judul ‘Slam X Exists – Our Journey’.
Konsert ini dijadualkan berlangsung pada 26 Julai 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, dengan kerjasama SS Karya Venture dan Republic Mokhmah Records selaku penganjur utama.
Namun, ‘Slam X Exists – Our Journey’ bukan sekadar sebuah konsert. Ia adalah naratif hidup — sebuah perjalanan panjang dua kumpulan legenda dalam meniti ranjau industri muzik sambil membina nama yang kini menjadi sebahagian daripada sejarah hiburan Nusantara.
Menurut Shah Nizam Abdul Halim, pengasas SS Karya Venture, pemilihan nama konsert ini sangat signifikan.
“Slam dan Exists bukan sekadar kumpulan muzik. Mereka adalah jenama kukuh yang telah mencipta karya bermutu dan membentuk memori kolektif peminat muzik tanah air. Justeru, setelah banyak perbincangan, kami bersetuju untuk menjadikan konsert ini sebagai satu bentuk penceritaan — ‘Our Journey’,” katanya.
Gabungan Suara Ikonik, Lagu Penuh Nostalgia
Konsert ini menjanjikan malam penuh emosi dan kenangan apabila dua vokalis tersohor — Zamani (Slam) dan Ezad (Exists) — bakal berpadu suara di pentas yang sama. Lagu-lagu hits seperti Rindiani, Gerimis Mengundang, Mentari Muncul Lagi, Julia, Langkah Seiringan dan Jesnita akan dipersembahkan, bersama karya-karya nostalgia yang pernah menemani perjalanan hidup ramai peminat.
“Kami mahu peminat melihat perjuangan kami, menyelami karya kami dan memahami bahawa muzik bukan hanya tentang seorang artis — ia tentang menyatukan pelbagai jiwa melalui seni,” ujar Shah dari Slam.
Tiket Laris, Sambutan Luar Biasa
Tiket konsert kini boleh didapati di www.ilassoTicket.com/slamexists, dengan harga bermula dari:
• RM168 (PS4 Langkah Seiringan) – Habis dijual dalam 3 hari
• RM268 (PS3 Rindiani) – Hampir sold out
• RM368 (PS2 Julia)
• RM388 (PS1 Jesnita)
• RM448 (VIP Maria Mariana)
• RM3000 (Grand VIP Kembali Terjalin)
Slam dan Exists sememangnya memiliki hubungan yang tidak asing lagi dalam dunia seni.
Sekadar info, Slam sendiri dibentuk oleh Shah, salah seorang anggota awal Exists, yang kemudian mencipta fenomena bersama anggota lain seperti Lili, Man, Zamani dan Eddie.
Exists pula, sejak dua dekad lalu kekal relevan biarpun melalui perubahan anggota, kini diterajui oleh Ezad serta dianggotai oleh Ajai, Ujang, Along dan Musa.
Topic Berkaitan
#Konsert
#Slam
#Exists
#our journey
Must-Watch Video