Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Konsert Terbesar Di Malaysia, Afgan Akui Gementar - “Sebagai Seorang Manusia Saya Juga..”

Asyraf Roslan
30/09/2024 10:25 MYT
Penyanyi popular Indonesia, Afgan akui mempunyai rasa gementar apabila harus membuat persembahan di hadapan penonton yang ramai.

Menurut Afgan atau nama sebenarnya, Afgansyah Reza,35, sepanjang berkecimpung di dalam industri seni suara selama 17 tahun, dia belum pernah lagi membuat persembahan di tempat yang mempunyai kapasiti yang banyak.

“Saya tak pernah buat konsert dengan kehadiran penontonnya sampai 7,000 orang.

“Kalau di Indonesia yang paling besar saya pernah buat sekitar 5,000 orang jadi ini yang paling besar sepanjang karier saya.

“Saya kalau di tempat yang besar saya akan berasa takut, sebab sebagai seorang manusia sudah tentu saya juga ada rasa tidak yakin bila membuat persembahan.

“Namun saya yakin dengan adanya team dan pihak penganjur yang selalu memberi sokongan saya akan cuba buat yang terbaik untuk peminat,” katanya kepada Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN: Dynamic Duo! Afgan & Lyodra Teruja Hiburkan Peminat Di Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Afgan Ulas Aksi Mesra Bersama Jessi Dalam Video Muzik ‘Escape’ - “Sama Macam Kita Selalu Lakukan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Sempat Terfikir Nak Menikah, Rossa Ulas Status Hubungan Bersama Afgan - “Memang Setiap Hari Dengan Afgan..”


Pada masa sama, pelantun lagu Untukmu Aku Bertahan itu juga menyatakan dia tidak mempunyai sebarang ekspektasi buat masa sekarang untuk konsertnya di Pulau Pinang.

Namun sekiranya konsert Afgan Live In Penang 2024 dapat sambutan yang memberangsangkan dia tidak menolak untuk mengadakan hari kedua.

“Kalau misalnya tiketnya habis cepat, saya terbuka untuk mengadakan hari kedua, saya suka membuat persembahan jadi tiada masalah untuk saya,” ujarnya.

Peminat boleh mendapatkan tiket menerusi Ticket2u.com.my bermula 1 Oktober 2024 dengan harga bermula RM138 sehingga RM388.

Untuk info, ini merupakan konsert solo terbesar Afgan di Malaysia selama berkecimpung dalam industri seni.

#Konsert #Afgan #Malaysia #Pulau #Pinang
;