Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kontak Rapat Tak Perlu Kuarantin, Apa Kata Netizen? Ada Yang Risau, Ada Yang Setuju

Mya Amri
24/02/2022 21:53 MYT
Pengumuman SOP terbaharu kontak rapat tidak perlu dikuarantin yang diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin semalam ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen.

Walaupun telah dinyatakan syarat-syarat yang perlu diikuti namun rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang terhadap perkara itu.

Ini kerana ada kontak rapat mengatakan mereka mengalami gejala selepas hari keempat.


Bagaimanapun ada sebahagian netizen bersetuju dengan perkara itu dan menganggap perubahan itu sebagai tanda negara bakal menuju ke fasa endemik tidak lama lagi.


Bagi yang masih keliru dengan SOP yang diumumkan semalam, anda boleh lihat penarangan Public Health Malaysia di bawah, lebih mudah kan?

#Netizen #COVID-19 #Kontak Rapat #Kontak Rapat Tak Perlu Kuarantin