Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kontroversi Babi Air, Aisar Khaled Mohon Maaf - "Aku Tak Sepatutnya Buat Content Begitu"

Amri Hassan
26/01/2021 00:50 MYT
Selebriti media sosial, Aisar Khaled memohon maaf secara terbuka ekoran kontroversi pembaziran gel penyejuk badan menerusi kandungan YouTubenya baru-baru ini.

Aisar menerusi akaun Instagramnya memuat naik sepotong video permohonan maaf setelah teruk dikecam netizen di media sosial.

"Video ini susulan apa yang terjadi pada Sabtu lalu menerusi video YouTube aku iaitu 1,000 babi air.

"Di sini aku nak minta maaf, aku tak sepatutnya buat content sebegitu dan lepas ni aku harap sebelum buat content aku akan pastikan patut atau tak buat video tu.

"Aku minta maaf aku hanya manusia biasa harap boleh maafkan aku dan lepas ni aku akan lebih berjaga-jaga," katanya berjanji.



Sebelum ini Aisar mencuri perhatian menerusi eksperimen babi air di kediamannya selepas dia menjilat gel penyejuk badan yang direndam dalam air hingga kembang.

BACA: Jilat Babi Air, Aisar Khaled Buat Netizen Kembang Tekak

Selepas video terbabit mendapat sambutan, Aisar sekali lagi memuat naik video mandi bersama 1,000 keping babi air bersama beberapa individu lain.

Video terbabit sekali lagi dikecam hebat ketika mana ada golongan yang benar-benar memerlukan gagal mendapatkan gel penyejuk badan itu untuk kegunaan sepatutnya.

BACA: Muatnaik Video Mandi Dengan 1,000 'Babi Air’ Sambil Mohon Maaf, Aisar Khaledd Sengaja Cari Publisiti?
#Viral #Kontroversi #Instafamous #Aisar Khaled #Babi Air
;