Sering dikaitkan dengan isu ciplak, kali ini jenama popular Duck sekali lagi dituduh meniru rekaan aksesori tudung bermagnet keluaran Bokitta.

Pertikaian mula berlaku di antara dua peminat jenama terkenal itu apabia Duck memuat naik ciptaan terbaru mereka di laman sosial Instagram The Duck Group.

Peminat Bokitta mendakwa aksesori tersebut sudah dikeluarkan terlebih dahulu sejak tahun 2019, manakala Duck baru melancarkannya, semalam.

Menyedari perkara tersebut CO-Founder dan Pengarah Reka Bentuk Bokitta, Hala Absi, menganggap isu berkenaan sebagai promosi percuma kepada mereka.

Hala Absi berkata, Bokitta sentiasa inovatif dan tidak perlu meniru untuk berjaya.

“Alhamdulillah, kita selalu inovatif, kita tak perlu meniru orang lain untuk berjaya. Jangan risau...promosi percuma (Alhamdulillah we are always innovative, we don’t need copying other people to succeed, do not worry.. free marketing),” katanya menerusi perbualan Whatsapp.


Sementara itu menerusi sebuah hantaran di laman sosial rasmi Facebook BokittaLover.com menjelaskan aksesori Bokitta Magnetic Shapers itu telah dikeluarkan pada tahun 2019.

“Hala Absi juga merupakan Co-founder Bokitta yang berasal dari Lubnan. Beliau adalah individu yang bertanggungjawab mencipta segala rekaan kreatif produk keluaran Bokitta.

“Bagi rekaan hijab instant Bokitta yang merupakan 'one off production', beliau dan pasukannya bertungkus-lumus menghasilkan kepelbagaian inovasi rekaan ekslusif bagi setiap keluaran.

“Bukan sahaja bagi rekaan hijab instant no.1 di Malaysia, Hala Absi juga menghasilkan variasi idea untuk produk aksesori keluaran Bokitta termasuk BOKITTA MAGNETIC SHAPERS™ yang dikeluarkan pada tahun 2019.

“Shapers memberi gaya baharu kepada hijabi dalam menggaya hijab tanpa perlu menggunakan pin.

“Dan hari ini, rekaan ini menjadi "inspirasi" kepada satu jenama besar di Malaysia,” tulis admin.

Our beautiful one and only Director of Design, Hala Absi. Hala Absi juga merupakan Co-founder Bokitta yang berasal dari...

Posted by BokittaLover.com on Monday, 19 October 2020



Dalam pada itu tinjauan Gempak di laman sosial Instagram The Duck Group mendapati, warganet mula mengaitkan jenama popular tersebut dengan beberapa dakwaan ciplak sebelum ini.

Bagaimanapun, sehingga kini The Duck Group masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai isu 'ciplak' terbaru ini.

Our Magnetics Pins returns in two new designs! The sleek new style now comes with and without chain, and these pins are fully made with metal. Engraved with dUCk logo, each set comes with Light Gold, Silver and Rose Gold for you to match with your outfits. Launching online tonight at 10pm, and at the following stores tomorrow onwards: 1) dUCk store in One Utama 2) dUCk store in Pavilion 3) dUCk store in Setia City Mall 4) dUCk store in Suria KLCC 5) dUCk store in IOI City Mall 6) FashionValet store in Publika 7) FashionValet store in IOI City Mall 8) FashionValet store in Bangsar Village Pin them on so your dUCks will always be together, forever. ? - D. #duckaccessories

A post shared by The dUCk Group (@theduckgroup) on