,
Laman Utama

Konvo Diploma, Farisha Iris Tunggu 2 Tahun Lagi Untuk Tamat Sarjana Muda - “Tak Pernah Bosan Sambung Belajar”

Azwa Rahman
21/06/2022
04:21 MYT
Penyanyi Farisha Iris melakar kejayaan apabila berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Diploma dalam sebuah majlis konvokesyen bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.
Menurut Farisha atau nama sebenarnya Farisha Asmadi, 23, perjalanannya untuk mendapatkan segulung diploma sangat mencabar dan tidak mudah sama sesekali.
“Alhamdulillah, dua tahun tunggu konvokesyen Diploma, selesai Diploma in Mass Communication @ Fakulti Komunikasi dan Media, UiTM Alor Gajah 2018 - 2020.
“Bukan mudah, tiada apa yang mudah. Terima kasih ibu bapa saya, keluarga, kawan baik, rakan sekelas kerana banyak membantu dan memberikan semangat.
“I tak pernah rasa bosan sambung belajar, it was challenging but worth it. Sekarang saya kena tunggu dua tahun untuk konvokesyen Ijazah Sarjana Muda. Jom kita sambung Masters pula Insyallah,” ujarnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Farisha tampil manis dan sopan mengenakan baju kurung songket biru bersama tudung berona putih ketika majlis itu berlangsung.
Dalam pada itu, Farisha turut memuat naik momen bersama ibu bapanya ketika memakai jubah serta memegang transkip untuk bergambar kenangan.
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan peminat menitipkan ucapan tahniah di atas kejayaan bekas peserta program Big Stage itu menamatkan pengajiannya.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 10,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Komposer Lagu MADANI Jiwa Merdeka Terima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor - "Agak Terkejut, Calon Lain Lebih Layak"

gempak
04/09/2024
01:30 MYT
Komposer muda, Affan Mazlan menerima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM), baru-baru ini.
Gaya Hidup

"Kami Tahu Bagaimana Rasa Sakitnya Dihina..." - Precious Of Malaysia Iktiraf Bakat Pelajar IPT, Pertandingkan Di International Cultural Fashion Week!

gempak
03/08/2024
02:58 MYT
Empat IPT bertanding dalam International Cultural Fashion Week iaitu Universiti Teknologi MARA Shah Alam (UiTM Shah Alam), Taylor’s University, ESMOD Kuala Lumpur dan Kolej Komuniti Selayang
Viral

Mat Salleh Buat Video Graduasi Guna Lagu UiTM Di Hatiku, Netizen Terhibur Lagu Rasmi UiTM Mendonia

gempak
30/06/2024
03:56 MYT
Sepotong video yang dimuatnaik oleh ‘mat salleh’ memaparkan dirinya ketika di majlis graduasi berjaya menarik perhatian netizen di media sosial.
Berita

Gara-Gara Kereta Keluar Simpang Secara Melulu, Pelajar UiTM Maut Kemalangan

gempak
24/06/2024
05:02 MYT
Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka maut selepas terbabit dalam kemalangan di simpang hadapan Balora Mustika Bandar Jengka di sini, pada Ahad.
Hiburan

Aina Abdul, Ernie Zakri Bakal Duet Lagu Kurik Kundi! Ini Kejutan Lain Konsert Destiny Of Music

gempak
08/06/2024
18:17 MYT
Konsert Destiny of Music yang akan diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada 29 Jun 2024 ini tampil kelainan dengan mempersembahkan perjalanan dan perkembangan muzik dari era 80-an hingga ke masa kini.