Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kopi Ko Teh? Nama Kedai Dianggap Lucah, Owner Perjelas Sebenarnya Guna Loghat Negeri Sembilan

Mya Amri
29/07/2023 07:55 MYT
Sebuah gerai menjual minuman ala kopitiam mendapat perhatian netizen kerana namanya iaitu Kopi Ko Teh.

Gerai tersebut hangat diperkatakan kerana disalah tafsir oleh segelintir netizen yang mentafsirkan nama itu sebagai bahasa lucah kerana menyamai kemaluan lelaki.

Bagaimanapun, menerusi sebuah video pendek di TikTok, pemilik gerai berkenaan tampil memberikan penjelasan berkenaan dengan nama yang dipilih.

undefined
“Ini bahasa Negeri Sembilan. Kopi ko teh? Kau nak minum kopi ke teh? Saya jual kopi, jual teh jual roti bakar.

“Bahasa nismilan kopi ko teh? Tak faham jangan nak bising-bising, nak beli ke tak nak beli? Kalau tak nak beli balik,” jelasnya dalam nada berseloroh.

Sehingga kini video penjelasan itu menerima lebih 1.5 juta tontonan di TikTok.

Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata netizen mula memahami maksud nama gerai diberikan oleh pemilik itu dan menyatakan hasrat untuk mencuba minuman yang dijual antaranya:

“Boleh singgah nanti on the way balik Pilah,”

“Laaa nogori rupanya, den tak tahuuu,”

“Mantap, boleh try, orang nismilan hadir,”

“Laa den ingat kodai ni mencarut, rupanya… Nak try lah,”

#Viral #Netizen #loghat #Negeri Sembilan #Kopi #Kedai Kopi #Kopi Ko Teh #Nama Kedai #Nismilan
;