"Korang Ingat Mereka Suka-Suka Nak Kena Jirus Macam Ni?" - Erry Putra Tak Dapat Sembunyikan Rasa Geram
Badrul Hashim
25/03/2020 20:26 MYT
25/03/2020 20:26 MYT
Ahad lalu, anggota tentera dikerahkan untuk membantu Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan 'roadblock' bagi memastikan rakyat mematuhi undang-undang yang dikeluarkan supaya menghadkan perjalanan mereka.
Bantuan tentera ini menjadikan mereka sebagai frontliners untuk membantu menghentikan menyebaran wabak Covid-19.
Keletihan kaki tangan hospital dan semua yang terlibat sebagai frontliners tidak dapat disangkal lagi dengan pelbagai imej yang dikongsi di media-media sosial.
Sangat menyedihkan melihat satu video yang dikogsi oleh pelakon Erry Putra di IGTV di Instagram miliknya.
Pasukan petugas tentera terpaksa dimandikan dalam pakaian seragam mereka untuk membersihkan diri daripada jangkitan wabak Covid- 19 selepas penat bertugas seharian.
"Korg ingat mereka suka-suka nak kena jirus macam ni?
"So sama-sama jaga diri semua. 31hb dah jadi 14hb ni. Makin lama makin nak gila dah rasa. Macam duk planet lain dah ni," tulis Erry Putra melepaskan rasa kecewa dan geram dengan mereka yang tidak mematuhi undang-undang.
Jumaat lalu, Perdana Menteri mengumumkan pihak tentera akan memberikan bantuan kepada pihak PDRM untuk memastikan Arahan Perjalanan Terhad dilaksanakan dengan sebaik mungkin.