Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Korang Nak Apa Sebenarnya?" - Michael Ang Tak Faham Perangai Orang Industri Yang Asyik Persoal Mengenai...

ZULHILMI JALIL 22/05/2020 | 04:16 MYT
Pengarah dan penerbit Michael Ang mempersoalkan tindakan sebahagian orang dalam industri seni yang dilihat seolah-olah sering tidak berpuas hati dengan segala keputusan yang dibuat kerajaan.
Bahkan, kata Michael, dia juga tidak faham apabila masih lagi ada pihak yang mengkritik dan mengeluh biarpun kerajaan sudah memberikan kebenaran kepada penggiat seni untuk melakukan penggambaran.
"Bila kerajaan buat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) untuk kesihatan korang,anak-anak seni semua bising, tak ada kerja, tak ada duit, nak bantuan, lepastu kena hentam, buat bisnes..senyap.
"Bila sudah bagi shoot pun korang bising. Kata tak patutlah, itulah inilah, (persoal) kenapa kerajaan tak minta pendapat kita orang seni, kerajaan mungkin tak tahu.. kenapa 20 orang bukan 30 orang, mall lagi ramai.
"Korang nak apa sebenarnya? Kerajaan bagi shoot bising, tak bagi shoot bising. Tak boleh ke duduk diam-diam apa kerajaan bagi buat ikut je SOP (prosedur operasi standard). Buat je..," luahnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Salam semua. Kau org kena tgk video ni sampai Habis ya. Ada pendapat artist n persatuan pasal boleh shoot tu ada yg betul Dan ada jugak yg salah. Bagi I Jgn memekak sgt. Bawak berbincang! Jgn bising sgt kat social media Nanti buat ramai org meyampah. Duduk baik2 n bincangkan lagi baik dari meyalak n mengundang kencaman! Ok la lagi berfaedah aku buat kaya kayangan aku untuk bagi followers aku! Luv u all n stay safe!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

Menurut Michael lagi, mungkin inilah waktunya untuk penggiat industri seni mula membiasakan diri mereka dengan cara kerja mengikut normal baharu.
"Cubalah..ikutlah cara normal baharu. Buat sahaja daripada korang memekak tak ada duit, takut nak shoot lah, takut m*mpuslah, kalau takut m*mpus tak perlu shoot duduk rumah sahaja.
"Apa yang susah? Ini semua terpulang, siapa rasa perlu kerja, kerjalah. Siapa tak nak kerja, nak duduk rumah, duduk rumah. Kan senang?," katanya.
Terdahulu, kerajaan memberi kebenaran kepada penggiat seni untuk melakukan penggambaran mengikut SOP yang sudah ditetapkan selepas sambutan Aidilfitri.
BACA: Dengar Keluhan Anak Seni, Kerajaan Benarkan Shooting Selepas Hari Raya, Tapi...
Begitupun, keputusan kerajaan itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan orang industri sendiri.
Semalam, Nabila Huda turut meluahkan pandangannya mengenai kebimbangannya apabila
BACA: "Kalau Betul Susah, Tak Pakai Kereta, Tak Ada iPhone, Tak Duduk Kondo, Semi D" - Nabila Huda Akui Dirinya Juga Hampir 'Broke', Minta Rakan Industri Bersabar
Saksikan drama arahan Michael Ang di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Michael Ang #Shooting #Normal Baharu
;