Penyanyi Haqiem Rusli memaafkan mana-mana individu yang menyerangnya menerusi media sosial berhubung isu penampilan berkaca mata dan airpod ketika melawat rumah asnaf baru-baru ini.

Jelas Haqiem dia enggan mengambil pusing penilaian orang ramai terhadap setiap gerak-gerinya sepanjang masa.

"Korang nak bash, bash-lah. Saya dah tak kisah. Saya maafkan," katanya menerusi sepotong video di Instastories siang tadi.

Sebelum ini, tular beberapa keping gambar Haqiem memakai kaca mata hitam dan airpods ketika menziarahi sebuah rumah asnaf di Rawang, Selangor.

Foto yang terlebih dahulu tular di Twitter mendapat reaksi kurang senang daripada pengguna dan menyifatkan penampilan itu tidak beradab.

Baca: "Tak Ada Adab Ke?" - Netizen Kecam Haqiem Rusli Pakai Cermin Mata Hitam, Airpods Ketika Ziarah Rumah Asnaf

Sehubungan itu juga, Haqiem memutuskan untuk memadamkan aplikasi Twitter daripada telefon pintarnya namun masih belum menyahaktifkan akaun itu.

"Dah malas nak main Twitter. Akaun saya ada je, tak deactivate pun.

"Cuma aplikasi Twitter saya dah delete," tulisnya lagi.