Hiburan
“Korang Nak Masuk Longkang Amik Gambar” – Qi Razali Throwback Zaman Muda OAG
Penyanyi dan pelakon, Qi Razali mengimbas kembali zaman muda bersama kumpulannya, OAG.
Qi menerusi akaun Instagramnya turut memuat naik foto lama OAG beserta kapsyen mencuit hati.
“Selamat berbuka puasa dari kami #bbnu. Ini masa umur 17 tahun dan tengah melawat semua rakan media untuk promote album pertama OAG.
“Masa ni lah, ada abang jurugambar tu cakap - "korang ni pelik la, kumpulan lain nak ambik gambar cantik2, korang nak masuk dalam longkang ambik gambar". Hahahaha.
“Kita semua pernah muda dan pernah buat kesilapan. Yang penting kita paksa diri untuk jangan ulang kesilapan lalu. Dengan itu, selamat berbuka puasa semua,” tulisnya.
Dalam pada, itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji foto lama itu dan meminta Qi memuat naik beberapa foto lain.
“Time ni saya form 1, dan minat gile dengan OAG. Minat dengan Qi and Radhi dengan album yang 1st tu berulang-ulang,” tulis @iamnorbib
“Upload lah gambar dalam longkang tu,” komen @mohdhilmxn
Terdahulu, OAG merupakan sebuah kumpulan rock alternatif Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1992.
OAG juga pernah memenangi anugerah Artis Baru Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 1996.
Manakala, Video klip 60's TV juga dicalonkan sebagai Video Klip Terbaik. Klip tersebut juga pernah berada di tangga keempat selama enam bulan berturut-turut dalam rancangan Chart Show's Best yang ditayangkan di MetroVision pada tahun 1996.
OAG kemudiannya membuat kemunculan semula pada 2016 mengeluarkan lagu baru antaranya Infiniti, Snowball, Burung Antoo pada tahun 2018.
Foto: @qirazali0808
Must-Watch Video