Selamat hari kekasih! Macam mana sambutan hari kekasih anda? Meriah? Penuh romantis atau mereput di rumah sahaja?

Tidak kira apa juga sambutan anda bersama orang tersayang, memori yang terhasil akan dikenang sehingga ke akhir hayat.



Bukan anda sahaja yang meraikan hari bahagia ni tau. Pizza pun turut sama memilih 14 Februari sebagai hari untuk membuatkan ramai gembira.



Kalau anda menghabiskan masa di Bukit Bintang bersama pasangan pada 14 dan 15 Februari lalu, pasti anda dan pasangan menerima layan istimewa daripada Domino’s! Cuba tengok paparan mesej cinta ni, satu Malaysia boleh baca. Amboi, bersemut!

Seramai 8,007 pasangan telah menghantar ucapan cinta mereka di www.dominossendslove.com dan sebanyak 3,300 nota cinta telah disenarai pendek untuk disiarkan di billboard The Cube, Bukit Bintang dari jam 4 petang hingga 9 malam.



Selain melihat nota cinta mereka tersiar, pasukan Domino’s turut mengedarkan hampir 300 pizza di kawasan berkenaan untuk menghiburkan hadirin.



Namun, dalam banyak-banyak sambutan untuk meraikan orang tersayang, cara Domino’s paling epik kerana mereka meraikan jenama makanan lain seperti Pizza Hut dan McDonald’s dengan sebekas pizza! Pizza berbalas pizza, wow sebarkan lebih banyak kebahagiaan bersempena hari kekasih ni.

Bukan itu sahaja, nampaknya mereka turut menerima ucapan balas dari Pizza Hut berupa sebekas pizza berbentuk hati. Awww!

Menerima pizza berbentuk hati nampaknya mencairkan hati Domino’s. Namun apa yang menariknya lagi, jenama pizza kegemaran rakyat Malaysia tersebut membalas pizza berbentuk hati itu dengan ucapan ala-ala manja.



Persaingan sihat ini pasti menguntungkan lagi peminat-peminat pizza. Kan bagus berbaik, kami juga yang untung!

“Dear Pizza Hut, your pizza heart kinda chessy but thank goodness we like all things cheesy! This Valentine’s, why not spread more love by dropping a note to all pizza lovers out there,” ucap mereka.



Bertuahnya bila dapat ucapan kasih sayang pada hari kekasih ni. Okay, kalau anda masih single pada hari kekasih ni! Apa kata cari calon cepat-cepat.

Tahun depan raikan hari kekasih nanti bersama dengan Domino’s, pasti orang tersayang akan menghargai anda selamanya. Semoga tahun depan akan berjumpa pasangan!

Nikmati tawaran Beli 1, Percuma 2 Domino's! Nikmati Piza Sederhana kegemaran anda bersama satu lagi Piza Sederhana dan roti Percuma*! ?? Pesan di sini ? http://bit.ly/2HXy0cQ .