Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Korban Tanah Runtuh Di Phuket Kini 13 Orang, Termasuk Pasangan Warga Rusia

Gempak
26/08/2024 01:25 MYT

13 orang termasuk pasangan Rusia maut dalam tanah runtuh beserta banjir lumpur di pulau peranginan Thailand, Phuket, kata pihak berkuasa pada Ahad, selepas menghentikan pencarian orang hilang.

Hujan Lebat

Hujan lebat minggu lalu menyebabkan banjir lumpur berhampiran Big Buddha, destinasi pelancongan popular di selatan negara itu, kata Gabenor Phuket Sophon Suwannarat.

Selain warga Rusia, sembilan daripada yang maut adalah pekerja asing dari Myanmar dan dua lagi warga Thailand, kata Sophon.

Ratusan Terjejas

Kira-kira 20 orang cedera dan 209 isi rumah terjejas akibat banjir lumpur itu.

Pembersihan besar sedang dijalankan, kata gabenor, sambil menambah bahawa pihak berkuasa sedang berhubung dengan saudara-mara dan kedutaan mangsa.

Sumber: Reuters

#Meninggal #Phuket #Hujan #Tanah Runtuh #Pelancong #Banjir Lumpur