Koreografer Devdas Meninggal Dunia
Amri Hassan
03/07/2020 06:18 MYT
03/07/2020 06:18 MYT
Koreografer terkemuka India, Saroj Khan dilapor meninggal dunia pada Jumaat akibat serangan jantung.
Saroj Khan, 71, menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di bandar Mumbai, lapor media tempatan.
Saroj dimasukkan ke hospital bulan lalu selepas mengadu sesak nafas, namun disahkan negatif COVID-19.
Anak saudaranya, Manish Jagwani memaklumkan kepada media bahawa Saroj meninggal dunia akibat serangan jantung.
Saroj yang berkecimpung dalam bidang tarian filem melakarkan perjalanan karier yang menakjubkan selama empat dekad.
Lenggok tari rekaannya menjadi tarikan dalam banyak filem ternama dan lagu popular.
Antaranya filem Taal, Don, Devdas, Dilwale Dulhania Le Jayenge, Baazigar dan yang terbaharu pada tahun lepas, Kalank.
Karier Saroj bemula lewat 1980 apabila dia menjalinkan kerjasama dengan bintang Bollywood, Madhuri Dixit dan Sridevi.
Lahir pada tahun 1948, wanita kreatif itu mula terlibat dalam industri sebagai pelakon kanak-kanak.
Pada tahun 1950, Saroj menjadi penari tambahan dan muncul dalam pelbagai filem dan berkahwin dengan pengarah tarian, B Sohanlal.
Kariernya terus berkembang dan menjadi pembantu koreografer sehingga tahun 1974 sebelum mengarah tarian pertamanya dalam filem "Geeta Mera Naam".
Menjengah tahun 1980, nama Saroj mula terkenal selepas bekerjasama dengan bintang filem terkemuka Sridevi Kappor dan Madhuri Dixit, pelakon yang sememangnya terkenal dengan tarian mengagumkan dalam pelbagai filem popular Hindi.
Dunia perfileman India meratapi pemergian Saroj dengan beberapa artis seperti Akshay Kumar dan pengarah, Kunal Kohli menciap di laman Twitter, berterima kasih dengan jasa Saroj.