Penularan wabak Koronavirus semakin membimbangkan. Orang ramai tidak kira daripada apa juga latar belakang kini mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan.

Hal itu termasuklah kumpulan Super Junior yang mengambil inisiatif mendermakan lebih 10,000 keping topeng muka kepada orang awam.

Topeng muka berkenaan diserahkan kepada Community Chest of Korea pada Rabu untuk diberikan kepada kanak-kanak dan remaja di Korea Selatan.

"Dengan virus Korona yang baru tersebar di Korea, kami memutuskan untuk memberikan bantuan kepada kanak-kanak kerana sistem imunisasi mereka masih rendah, tambah pula mereka aktif di luar kawasan rumah.

"Ini adalah usaha kecil kami tapi besar harapan ia akan membantu mengurangkan risiko jangkitan," kata wakil Super Junior.



Dalam perkembangan lain, Super Junior terpaksa menangguhkan rakaman persembahan Super Junior The Stage berikutan penularan wabak Koronavirus.

Kumpulan ini muncul dengan album kesembilan, Timeless, pada Selasa lalu.

Setakat ini Korea Selatan telah merekodkan tiga kes berkaitan wabak Koronavirus.

Sumber: Soompi